[ 34 ]

1.2K 35 3
                                    

Cathryn terjaga dari lena, otaknya cuba mentafsir dimana dia berada.

"Macam bilik Ayden.."

Hampir hampir Cathryn menjerit apabila tersedar bahawa jarak tidurnya dengan Tengku Edriz sangat sangat rapat sehingga dia dapat merasa deruan nafas Tengku Edriz. Bukan 'sangat rapat' tapi sebenarnya dia tidur dalam pelukan Tengku Edriz.

Mukanya sudah merona merah. Otaknya pula tidak mampu berfungsi dengan baik. Macam mana dia boleh tertidur dibilik Tengku Edriz.

Melihatkan jam baru menginjak pukul 5.30 pagi, Cathryn dengan penuh berhati hati mengalihkan tangan Tengku Edriz yang elok landing diatas perutnya. Dia perlu cepat cepat keluar sebelum Tengku Edriz tersedar.

Sebaik Cathryn membuka pintu bilik, dia melopong seketika melihat keadaan biliknya yang berselerak. Tak macam rupa bilik langsung. Hilang sudah kantuknya, lagi lagi bila teringat kejadian semalam.

"Haih tulah terlebih emosi semalam, kan tak pasal pasal kena kemas bilik pagi pagi buta macam ni"

Tengku Edriz tersedar secara mengejut setelah merasakan tempat disebelahnya kosong. Sepatutnya Cathryn berada disebelahnya semalam. Dia masih ingin dia yang mengendong Cathryn masuk ke bilik ini semalam.

"Jangan jangan dia dah lari dari rumah tak?!" Sangka Tengku Edriz dan cepat cepat bangun dari katil. Langkahnya diatur ke arah bilik Cathryn.

Tengku Edriz menarik nafas lega sebaik melihat kelibat Cathryn yang sedang khusyuk solat subuh dari arah pintu bilik yang separa tertutup.

"Gosh, thanks god she's still here"

Seusai solat subuh, perut Cathryn mulai berkeroncong. Manakan tidak sedari petang semalam dia langsung tidak menjamah apa apa makanan.

Cathryn cuba melupakan apa yang terjadi semalam jadi dia meneruskan langkahnya ke dapaur untuk menyediakan sarapan pagi.

"Ayden, jom beeakfast" ujar Cathryn sebaik melihat kelibat Tengku Edriz yang sudah siap berkemeja.

"Helena ni kan memang something betul lah. Semalam bukan main barai harini elok macam takda apa yang berlaku. Dia ni memang sejenis yang takda perasaan ke apa?" Desis Tengku Edriz sendirian.

"Kenapa tercegat kat situ? Nak makan ke tak?"

"Nak" jawab Tengku Edriz sepatah dan mendekati meja makan.

Serasa sudah lama dia tidak merasa masakan Cathryn sejak mereka bergaduh.

"Helena..."

"Yes?"

"Emm takda apalah" asalnya Tengku Edriz ingin bertanya tentang apa yang dah terjadi 2tahun lepas, tapi rasanya sekarang bukan masa yang sesuai. Kalau ikutkan hati sekarang jugak dia paksa Cathryn untuk menceritakan hal sebenar. Kerana ego dia melupakan hasratnya.

✨✨✨

"Kemas rumah dah, basuh baju dah, topup barang pun dah hmm nak buat apa eh? Bosan betul lah jadi penggangur ni, memang lifeless. Kalau keluar ni best jugak, takdalah bosan sangat petang petang takbuat apa kat rumah"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now