[ 15 ]

1.1K 36 0
                                    

Empire Resort menjadi lokasi dimana majlis persandingan Tengku Edriz Ayden dengan Cathryn Helena dilangsungkan.

Kenapa di resort? Haa sebabnya Tengku Eliza beria nak buat beach wedding sempena perkahwinan anak sulungnya itu. Nak bagi nampak kelainan katanya. Asyik majlis buat dekat dewan hotel je bosan jugak kan.

Cathryn sikit pun tak membantah apa jua keputusan mentuanya itu.

Dulu pernahlah jugak dia mengimpikan untuk membuat perkahwinan ala-ala beach wedding, tak sangka sekarang impian nya sudah tercapai walaupun bukan berkahwin dengan orang yang dia cintai.

Alangkah indahnya jika kedua orang tua nya masih ada. Tidaklah dia perlu mengharungi semua ini berseorangan.

"Oh my god, you ni memang cantik lah Cath. Tak perlu I make up tebal-tebal wajah you dah memang naik seri" puji Kak Dolly selaku mua.

Manakan tidak, Cathryn sememangnya cantik kerana berdarah kacukan melayu-british.

"Eh mana ada Kak Dolly, Cath biasa-biasa je" jawab Cathryn merendah diri.

"Betullah Cath, untung Tengku Edriz dapat wife cantik macam you. Confirm anak anak you nanti comel"

"Anak? Perkahwinan tanpa cinta macam ni nak expect apa, entah bertahan entah tidak monolog Cathryn dalam hati. Bibirnya cuba mengukir senyum dengan kata kata Kak Dolly.

Pintu bilik resort diketuk dari luar mengejutkan Kak Dolly dan Cathryn yang sedang berbual.

"Dah siap ke belum pengantinya, orang dah ramai datang ni" tanya Fizzy yang merupakan orang kanan Kak Dolly. Tapi dia ditugaskan untuk menyiapkan Tengku Edriz.

"Dah siap dah, tinggal pakai heels je"

"Okay good, sebab Tengku Eliza yang suruh tanyakan. Pengantin dah boleh keluar"

"Tengku Edriz kat mana?"

"Dia dah tunggu kat depan pintu gerbang sana. Sekarang ni tinggal bawak Cath pergi depan je"

Seketika kemudian Cathryn diiringi oleh Kak Dolly dan Fizzy berjalan menujuk ke pintu gerbang.

Dari kejauhan sudah kelihatan susuk tubuh Tengku Edriz yang segak memakai tuxedo hitam.

"Maaf lambat sikit Tengku, Kak Dolly cuma nak pastikan isteri Tengku cantik harini"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Maaf lambat sikit Tengku, Kak Dolly cuma nak pastikan isteri Tengku cantik harini"

"Takda lama sangat pun, saya pun baru je keluar ni. Terima kasih Kak Dolly"

Seketika mata mereka bertembung.

"Ya Allah indah sungguh ciptaan mu. Macam ni ke wajah bidadari syurga"

Jujur Tengku Edriz terpegun dengan penampilan Cathryn yang sangat cantik dengan busana pengantin berwarna putih itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now