Suasana di ruang tamu rumah agam Tengku Adlan bertukar riuh apabila Cathryn tiba-tiba pengsan. Nasib sempat dipegang Tengku Edriz.
"Muka nenda ni hodoh sangat ke sampaikan isteri kamu tengok boleh pengsan?" Seloroh Tengku Azzah.
"Eh ke situ pulak Nenda, Ed mintak diri dulu nak bawak Helena naik atas kejap"
"Haa yelah, kesian isteri kamu"
"Cath tu penat sangat agaknya melayan tetamu sampaikan boleh pitam" celah Tengku Eliza
"Mana tak penatnya, dari tadi tetamu tak putus putus nak jumpa dengan Cath. Katanya tak puas tengok masa sanding haritu" Tengku Adlan menambah.
"Itulah Abang, Cath pulak turut kan saja. Ramah je dia layan tetamu tadi. Kawan kawan saya semua puji"
"Eh bonda pun mesti letih kan, jomlah Liza bawak pergi bilik, letak barang-barang ni dulu"
"Takpa barang nenda biar Yaya yang tolong bawak pergi bilik. Nenda borak borak la dulu"
Tengku Azzah melabuh duduk disofa sebaik barangannya dibawa ke bilik oleh Adhia.
"Dugaan betul harini, tadi pagi flight delay, lepastu dah sampai dekat KLIA driver yang bonda upah tu excident. Terpaksa tukar driver lain, dah tukar driver kereta dia pulak buat hal tengah jalan" cerita Tengku Azzah.
"Kesian bonda, kenapa tak bagitahu je Lan awal awal? Lan boleh je pergi amik bonda"
"Bonda bukan apa, malas lah nak susahkan korang. Takkan lah nak tinggal majlis masa orang tengah ramai kan?"
"Apa yang susah nya bonda, keselamatan bonda tu lagi penting. Kalau jadi apa apa kat tengah jalan kami jugak yang susah. Bonda kena ingat bonda dah berumur, bahaya tahu tak"
"Dah lah abang jangan nak mula, kesian bonda penat. Bonda nak makan ke nak rehat dulu?"
Tengku Eliza cuba menjadi penyelamat. Faham benar perangai suaminya itu, kalau dah mula memang akan melarat. Tengku Azzah hanya berdiam, dah mula kalih dengan perangai anaknya itu.
"Kalau makan pun sedap jugak ni. Ada lagi ke lauk?"
"Ada bonda, banyak lagi. Jom Liza temankan"
✨✨✨
Tengku Edriz setia menunggu Cathryn sehingga sedar. Wajah pucat Cathryn dipandang penuh kasihan.
"Awakk..." panggil Cathryn bersuara serak. Dia cuba untuk dan bersandar di kepala katil dibantu oleh Tengku Edriz.
"Yes Helena? Awak ada sakit kat mana mana ke?"
"Kepala saya rasa berdenyut. Awak, sekarang ni dah pukul berapa? Saya belum solat asar lagi"
"Nanti saya mintak ubat dengan bonda. Sekarang dah pukul 6.45. Larat ke nak solat?"
"Larat" balas Cathryn sepatah.
Cathryn kembali cuak apabila teringatkan wajah nenda tadi. Badannya seakan lemah. Serasa lemah longlai lututnya untuk berjalan.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...