Sudah dua hari layanan Tengku Edriz terhadap Cathryn sekadar acuh tak acuh.
Nasib baik mereka masih di penthouse itu, kalau berada di rumah agam Tengku Adlan sudah pasti dapat dihidu oleh Tengku Eliza
Cathryn beranggapan bahawa mungkin Tengku Edriz mempunyai masalah di tempat kerjanya sebab itu suaminya bersikap sedemikian. Namun bila difikir balik, Tengku Edriz bukan jenis yang memendam kalau berkaitan kerjanya.
Jadi akhirnya Cathryn memutuskan untuk bertanya sendiri kepada Tengku Edriz kerana dia sudah malas untuk berteka teki.
"Abang, I want to talk with you boleh?" ujar Cathryn lalu mengambil tempat bersetentangan dengan suaminya itu.
"Hmm, ada apa?" jawab Tengku Edriz yang sedang bersantai di ruang istirehat. Jelas sekali Tengku Edriz seperti malas melayannya.
"Kenapa abang macam tak nak bercakap dengan sayang? Abang ada masalah ke? Ke sayang yang ada terbuat salah dalam sayang tak sedar? Could please tell me rather than abang layan sayang nak tak nak je?"
"Nothing, saya cuma penat. That's it"
"Saya? Okay fahammmmm. You lie isn't and you are making it obvious right now. Macam mana nak settle masalah kalau awak menipu?"
Tengku Edriz mengeluh.
"Saya tak tipu. Awak yang tipu diri awak sendiri"
"Apa maksud awak ni?" soal Cathryn berkerut kening.
"Let me just straight to the point, saya nak awak jujur dengan saya and awak jujur dengan diri awak. Cuba awak tanya diri awak, siapa saya kat hati awak? Betul ke awak sayangkan saya atau awak masih sayangkan arwah?"
"Seriously Ayden? Woah bijak sangat soalan awak ni. So for this time being, awak tak percayakan saya la kiranya? You are still doubting me?" soal Cathryn.
Soalan berbalas soalan.
"Jangan nak play victim Helena! I heard you calling Ryan's name that night. Walaupun semua tu cuma mimpi tapi dia masih ada dalam bayangan awak kan?! Or you still love him? Macam mana saya tak fikir bukan bukan bukan? Tell me kalau awak dekat tempat saya apa yang awak rasa?" Intonasi Tengku Edriz sedikit meninggi.
Cathryn tersenyum tawar. Hatinya serasa bagai disiat. Tengku Edriz meragui perasaanya.
"Jadi sebab ni lah awak layan saya acuh tak acuh selama 2 hari ni Ayden? Huh? Thank you so much Ayden, sebab buat saya sedar diri. Awak ingat hati saya ni mudah sangat ke nak berubah arah kejap sayang orang tu kejap sayang orang ni? Obviously you didn't trust me. Kenapa awak suka sakitkan hati saya? Ke awak rasa puas bila dapat sakitkan hati saya?" tutur Cathryn bergetar. Tanpa sedar air matanya turut menitis. Namun pantas disapu kasar.
Tengku Edriz terjerat dengan persoalannya sendiri. Melihat air mata yang menitis diwajah isterinya itu membuatkan dia diburu rasa bersalah.
"Sebab mimpi malam tu, awak fikir saya masih sayangkan Ryan? Awak sikit pun tak tanya saya kenapa, tiba tiba palau saya lepastu harini tuduh saya bukan bukan? Sejak saya terima awak, segala perasaan saya dekat arwah dah lama saya buang jauh jauh. Awak lupa ke sekarang ni saya tengah pregnant anak awak? Kalau saya tak sayang awak, awak rasa saya akan stay dengan awak ke sekarang? Masih lagi awak nak ragu ragu dengan perasaan saya? Ke awak rasa saya fake je selama ni? Macam tu ke Ayden?!" Cathryn sudah berdiri. Rasa tak puas untuk melepas perasaan sambil duduk.
Tengku Edriz meraup mukanya, dia juga turut berdiri.
"No no sayang dah berfikir jauh sangat ni. Bukan macam tu maksud saya sayang. I'm so sorry. Saya tahu saya salah tapi saya cuma nak tahu kat mana tempat saya kat hati awak. To be honest kadang saya susah nak expect perasaan sebenar awak"
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...