Sudah sebulan Harizs dan Heissa ditahan di wad dan masih belum dibenarkan pulang. Cathryn hanya mampu melihat gambar dan video sahaja.
Jujur dia merindui anak kembarnya itu. Susunya juga sedikit membengkak menambahkan lagi sakit di bahagian bahunya kesan tembakan tempoh hari. Badannya pula serasa sejuk panas, serba tak kena.
Perut Cathryn berkeroncong kelaparan tapi dia malas untuk turun ke bawah. Tengku Edriz pula menghilang entah kemana, mungkin berada di tingkat bawah.
Abang tak Hensem🤍
Abang kat mana?
Sayang lapar☹️
Tolong belikan makanan boleh?Ya sayang,
Abang dekat bawah kejap.
Tengah kemas baju sayang dengan twins
Lapar? Kan dah makan tadi
Sekarang kan dah pukul 12 yangCathryn mencebik berjauh hati dengan jawapan Tengku Edriz, iphonenya dicampak ke tepi. Kalau tak kerana badannya yang serasa lemah ketika ini, memang dia dah turun masak sendiri. Takkan lah nak susahkan bonda pula.
Dengan perasaan sebal Cathryn cuba melelapkan mata padahal perutnya bekeroncong meminta untuk diisi.
Hampir 15 mini berkeadaan begitu, Cathryn kembali membuka matanya. Dia tak boleh tidur dalam kelaparan. Emosinya terganggu, tubir matanya mula bertakung dengan air mata.
Mulutnya terkumat kamit memarahi Tengku Edriz sambil dia berura ura bangun untuk turun ke bawah, kelihatan Tengku Edriz muncul di muka pintu dengan membawa dulang makanan.
"Lahhh sayang nangis ke?"
Cathryn diam mencuka.
"Kenapa? Lapar sangat? Ke sebab merajuk dengan abang?"
Cathryn mengganguk dua kali.
"Sorry sayangku abang bukan sengaja nak buat sayang sedih, tapi tadi abang tengah uruskan barang barang sayang dengan twins. Ni abang dah buatkan bubur ayam untuk sayang"
Cathryn masih dengan rajuknya. Tanpa bercakap Cathryn terus menarik mangkuk bubur dari dulang dan terus disuap ke mulut. Pipinya mulai gembol dengan makanan.
Tengku Edriz tersenyum melihat wajah comel Cathryn. Sesekali tanganya menyapu sisa air mata Cathryn.
"Sayang ni comel lah" Sekilas bibir Tengku Edriz menyentuh pipi Cathryn.
"Eh sayang demam ni. Nak ubat tak?"
Cathryn menggeleng.
"Mana boleh macam tu sayang, sayang kan dah janji nak cepat sihat. Abang mintak maaf okay? Don't cry sayang, abang suapkan makan ea?" Pujuk Tengku Edriz mengambil mangkuk bubur dari tangan Cathryn.
Cathryn akhirnya mengalah. Sebenarnya dia cuma inginkan perhatian suaminya itu sahaja. Itu pun susah sangat ke?
✨✨✨
Sejak Harizs dan Heissa dibenarkan pulang, hampir setiap malam Tengku Edriz akan bangun untuk menguruskan anak kembarnya itu malah sikit pun dia tidak merungut. Dialah yang menukar lampin, dialah yang memandikan, dialah yang menidurkan. Pokoknya semuanya dia yang sediakan.
Dia amat memahami keadaan Cathryn. Bukan Cathryn tak cuba untuk menolong namun ditegahnya. Dia cuba untuk menjadi suami yang terbaik buat Cathryn dan papa terbaik untuk Harizs dan Heissa.
Cukuplah dia melihat sendiri bagaimana susah perit isterinya berjuang untuk hidup, kini biarlah dia mengambil sebahagian tugas untuk menguruskan anak mereka.
Memandangkan anaknya dilahirkan tak cukup bulan jadi penjagaan yang sangat rapi diperlukan untuk menguruskan mereka berdua.
Begitu juga dengan Cathryn, walaupun Tengku Edriz adakalanya sibuk bekerja tapi dia akan pastikan Cathryn tidak terabai dan terjaga. Dia akan betul betul menyiapkan isteri dan anak kembarnya sebelum berangkat pergi kerja.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
Roman d'amourKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...