Hampir 2 jam perbicaraan dan segala pertuduhan dibacakan mendapati Dato' Majid sememangnya bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati.
Cathryn menangis kegembiraan disebalik purdah. Dah lama dia nantikan saat ini, akhirnya pelaku durjana yang dah menghancurkan keluarganya kini mendapat hukuman yang setimpal.
"Ya Allah syukur... Mummy.., daddy.., akhirnya penjahat tu dah dapat hukuman setimpal. Nasib daddy dengan mummy dah terbela" desis Cathryn. Tangannya meraup muka tanda syukur.
Cathryn jugak terharu dengan Insperktor Fakri dengan Hanim yang banyak membantunya. Hanim sampai sanggup mengambil emergency leave semata mata untuk datang memberi sokongan kepadanya.
"Alhamdulillah Cik Puan, semuanya dah selesai. Semoga selepas ni Cik Puan akan lebih kuat dan tabah untuk menghadapi hari hari mendatang" ucap Hanim ikhlas dan memeluk Cathryn.
"Alhamdulillah, saya pun bersyukur sangat. Semuanya dah berakhir, tiada apa dah yang saya perlu risaukan. Terima kasih banyak banyak Inspektor Fakri sebab dah berjaya selesaikan kes ni"
"Sama sama Cik Puan, saya cuma jalankan tanggungjawab saya yang Cik Puan amanahkan"
"Boleh tak mulai harini, Inspektor dengan Hanim tak payah panggil saya Cik Puan, sebab saya tak selesa lah. Lagipun kita lebih kurang sebaya"
"Baiklah kalau itu yang Cath nak, kami ikut asalkan Cath selesa"
"Anim bawak lah Cath pergi makan tengah hari dulu tapi Abang tak boleh join sama sama sebab masih ada benda yang abang kena urus" ujar Inspektor Fakri kepada Hanim.
"Okay Abang, apa apa nanti Anim call"
"Emmm Inspektor sebelum tu.., boleh tak saya nak mintak tolong sesuatu?"
"Boleh"
✨✨✨
"Ed, aku rasa aku tahu Cath kat mana"
"Macam mana kau tahu?"
"Ni cuba tengok, hari ni hari perbicaraan terakhir pasal kes Dato' Majid. Ramai reporters tengah buat live update"
"Jadi? Apa kaitan pulak Helena dengan kes Dato' Majid?"
"Haih kau ni kan Ed, rasa ringan je tangan aku nak lempang kau. Dah tentu tentunya Cath akan pergi court sebab kes ni kan berkait dengan arwah parents dia. Kau dah lupa ke? Bukan ke haritu kau yang bagitahu aku!"
"Ya Rabbi, betul lah tu. Kenapalah aku tak terfikir langsung pasal ni? Jom jom kita gerak sekarang"
"Tapi... sekarang dah 12.45, kau rasa sempat ke sampai? Jalan tengah jem waktu waktu macam ni, court dengan office ni jauh-"
"Ed! Sekarang ni kau nak jumpa Cath ke tak? Dah jangan nak buang masa"
(Skip)
Perkarangan Mahkamah
"Macam sunyi je, wartawan pun dah bersurai ni weh, aku rasa mereka dah selesai lah" Tengku Edriz mendecit tak puas hati. Tanganya menghentak stereng.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...