[ 44 ]

1.3K 46 1
                                    

Kalau ikutkan tubuh Cathryn masih lemah, tapi Tengku Edriz tetap bertegas untuk membawanya pulang ke Kuala Lumpur selepas waktu subuh tadi. Tengku Edriz mahu cepat cepat beredar kerana dia tidak mahu Cathryn terus dihantui rasa takut.

Sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Kuala Lumpur, Tengku Edriz setia menemani Cathryn di seat belakang. Manakalah Hadif sebagai pemandu.

Cathryn pula langsung tidak banyak membantah perlakuan Tengku Edriz terhadap dirinya, kerana disaat ini hanya Tengku Edriz yang boleh membuat dirinya merasa nyaman dan selamat.

"Helena, do feel better now?" Soal Tengku Edriz menjenguk Cathryn dibiliknya.

"Yes, I feel more better lepas mandi tadi"

"Kesan lebam dekat tangan awak makin nampaklah, nanti kalau bonda dengan walid tengok habislah saya. Mesti mereka ingat saya dera awak"

"Takpa nanti saya pakai baju lengan panjang. Tapi buat masa sekarang kalau saya tak nak jumpa bonda dengan walid lagi boleh?"

"Boleh. Saya pun rasa lagi baik macam tu. Takut nanti bonda dengan walid syak benda bukan bukan"

"Yang awak ni kenapa tak pergi kerja lagi? Dah pukul 9.00 dah, nanti awak lewat pulak"

"Harini saya work from home je, awak rasa hati saya tenang ke kalau nak biarkan awak sorang sorang kat rumah?"

"Kenapa awak perlu susahkan diri awak sampai tak masuk office? Bila fikir balik betul kata maksu, kalau saya tak muncul semua ni tak akan jadi. Saya punca awak bergaduh dengan family awak. Kenapalah saya selalu buat masalah dan selalu menyusahkan awak?"

"Tak payah fikir sangat apa yang maksu cakap tu. Semua yang jadi ni bukan sebab awak, tapi sebab anak dia yang takguna tu! Awak tak perlu salahkan diri awak, saya kenal awak macam mana dan sikit pun awak tak pernah menyusahkan saya"

Cathryn berdiam seketika. Dia nampak keikhlasan Tengku Edriz yang cuba berpihak kepada dirinya.

"Awak lapar ke? Nak saya masak?"

"Nak masak buat apa? Awak rehat je, awak kan tak sihat. Saya dah order grabfood. Saya ada zoom meeting sekarang ni, kejap lagi kita makan sama sama okay babygirl?"

✨✨✨

Keadaan Cathryn semakin membaik, selama beberapa hari ini Tengku Edriz menjaga dan melayaninya dengan baik.

Cathryn mengatur langkah ke dapur untuk menyediakan makanan. Dah berapa hari juga dapurnya tak berasap kerana makanan akan dipesan siap siap oleh Tengku Edriz.

"Haa menung apa tu? Depan peti ais pun boleh mengelamun ke?" Sergah Tengku Edriz yang sudah bersiap untuk berangkat kerja.

"Mananya tak termenung tengok peti ais kosong. Macam mana nak masak kalau barang basah tak cukup? Apa kata kalau saya keluar pergi pasar raya tengah hari nanti? Lagipun saya bukan buat apa kat rumah ni. Awak pun busy kerja"

"No jangan, saya tak izinkan. Bahaya kalau awak keluar sorang sorang. Tunggu jelah saya balik petang nanti, kita keluar sama sama"

"Apa yang bahaya pulak? Saya bukan budak budak lah"

"Helena my babygirl..., boleh tak sekali je awak dengar cakap saya? Awak dah lupa ke apa yang Bella cuba buat dekat awak? Nasib baik waktu tu Mel dengan Hadif ada sekali dekat cafe tu, kalau tak sekarang mungkin saya dah menyesal seumur hidup sebab tak jaga awak betul betul"

"Please saya dah taknak cakap pasal tu. Past is past. Benda dah jadi dah pun kita tak boleh nak undur dah"

"Then please listen to me. Saya cuma tak nak benda buruk jadi dekat awak. Lagipun sekarang ni kita tak tahu Bella kat mana. Polis pun still tak boleh detect dia kat mana. Tak mustahil dia boleh buat something bad dekat awak lagi kan?"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now