Cathryn mengerling jam di pergelangan tangan, waktu rehat dah nak habis tapi Tengku Edriz masih rilek memandu kereta di atas jalan.
"Ayden, awak nak bawak saya pergi mana pulak ni? Waktu lunch dah habis la, nanti kalau lambat masuk office apa pulak walid cakap"
"Lah kan jadual saya free lepas lunch, apa salahnya kita keluar sekejap. Dont worry okay, your handsome husband already got permission from walid"
Cathryn memutarkan bebola matanya mendengar jawapan Tengku Edriz.
"Tak payah nak buat muka sangat, kita ada masa lebih kurang sejam je. So jom turun sekarang"
"Tapi nak cari apa dalam mall waktu waktu macam ni?"
"You'll know later sweetheart" jawab Tengku Edriz mengenyit mata sebelum menarik lembut tangan Cathryn masuk ke butik pakaian.
Cathryn menelan liur apabila dirinya dipanggil sweetheart, rasa seram sejuk lain macam.
"Linda, tolong carikan wife saya latest collection dress yang ada untuk majlis dinner. Kalau boleh nak the one and only design, tak nak sama dengan orang lain"
Linda tersenyum mendengar permintaan Tengku Edriz.
"Boleh Tengku, kebetulan Datin Anina baru je bawak masuk collection baju dinner semalam. Jom saya tunjukkan""Ayden, kita datang sini sebab nak cari baju untuk event malam esok ke? Saya dah ada dress kat rumah lah, buat apa nak beli lagi? Yang kat rumah masih elok" sempat Cathryn berbisik.
"Takpe yang kat rumah tu awak simpan, sekarang ni kita pilih yang baru. Lagipun semua ni arahan bonda. Dia nak biar awak nampak extra cantik. But dont worry saya memang nak belanja awak shopping pun. Sejak kita kahwin, rasanya saya belum pernah belikan awak dress. Harini saya bagi peluang untuk awak pilih sendiri awak suka yang macam mana"
"Saya cuma tak nak orang cakap saya ni kahwin dengan awak sebab nak kikis duit awak. Saya mampu je beli sendiri"
"Biar jelah orang nak cakap apa, bukannya kikis duit laki diorang. Saya kenal awak macam mana Helena, tu dah cukup. Buat apa bak kisah apa orang nak cakap kan? Dah awak tak payah nak fikir semua tu, tak penting. Tu Linda dah keluarkan few dress. Kalau awak tak nak pilih saya beli je semua, settle masalah"
"Eh takpayah lah sampai beli semua. Banyak banyak nak buat apa. Yelah yelah, saya pilih. Awak tunggu sini kejap"
"Tak nak, nak ikut awak sekali. So that i can help you choose your dress and I will decide sama ada dress tu okay ke tak dengan awak"
"Tadi suruh saya pilih lepastu awak pulak yang nak decide, yang mana satu ni?"
"Ish ada je soalan budak ni. Jangan sampai saya yang tolong tukarkan dress untuk awak. Dah pergi cepat, kesian Linda tengah tunggu awak"
Cathryn akhirnya mengalah apabila arahan Tengku Edriz berbaur ugutan. Ghisau.
✨✨✨
Tengku Adlan dan Tengku Eliza hampir menarik nafas lega apabila melihat keadaan dewan yang dihias cantik sama macam yang dipinta pada event planner. Semoga semuanya berjalan lancar.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...