[ 27 ]

924 35 2
                                    

Loceng rumah berdenting menyentakkan Dato' Majid yang sedang membaca news di ruang istirehat.

"Ida, cuba tengok siapa yang datang pagi pagi macam ni"

Tanpa bercakap panjang, Datin Rafida terus bergerak membuka pintu utama rumah nya itu.

"Ye encik cari siapa ye?"

"Betulkan ni rumah Dato' Majid?"

"Ye betul, dia suami saya"

"Siapa yang datang Ida?" soal Dato' Majid tapi riak wajahnya bertukar pucat saat melihat dua orang anggota polis dihadapannya.

"Dato' sila ikut kami ke balai. Kami mendapat arahan untuk membuat tangkapan"

"Tapi apa salah saya encik?" Soal Dato' Majid tak bersalah. Walhal mukanya sudah berubah pucat.

"Jangan buat suami saya macam ni encik, tolong lepaskan dia. Saya yakin suami saya taj bersalah, ada pihak yang cuba nak jatuhkan reputasi saya" raung Datin Rafida.

"Maaf puan, kami hanya menjalankan tuga. Apa apa hal kita selesaikan dekat balai nanti. Mohon bagi kerjasama"

Datin Rafida akur. Tak guna dia hendak melawan kuasa polis.

"Ida, awak call lawyer abang" sempat Dato Majid berkata sebelum dimasukkan ke dalam kereta polis

"Ya Allah abang, apa yang abang dah buat ni"

"Hello, Raifal. Fal balik sekarang, papa kena tangkap dengan polis. Tolong papa Fal, mana tak sanggup nak biarkan papa meringkuk dalam penjara"

"Mama kenapa ni? Tunggu kejap, dalam 10 minit lagi Fal sampai. Mama bertenang okay, jangan buat benda bukan bukan"

✨✨✨

Sejak kepemergian Tengku Ezrakil Aryan, bilik tidurnya itu dibiarkan kosong tanpa penghuni. Segala kelengkapan dan keadaan bilik itu masih sama dah tiada sikit pun yang berubah.

Tapi hari ini, Tengku Edriz mengagahkan diri untuk memasuki bilik adik kembarnya itu. Hampir 3 tahun dia tidak menjejakan kaki ke bilik itu, jiwanya lemah setiap kali teringat akan arwah Ezrakil. Bingkai gambar di meja bilik itu ditatap.

"Kil, aku datang ni. Aku rindu kau sangat sangat. Maafkan aku, aku bukan tak nak masuk bilik ni tapi aku perlukan kekuatan untuk hadap semua benda ni. Tak mudah aku nak terima yangkau dah takda"

"Kalaulah kau masih ada, mestilah kau dapat kenal dengan isteri aku kan?"

Flashback 3 tahun lalu..

"Tahniah Kil, tak sangka kau dapat sambung course engineering kat UK. Walaupun lari bidang sikit tapi well done bro"

"Kau pun tahniah sebab dapat sambung dekat Australia. Nanti makin susahlah kita nak jumpa bila masing masing dah belajar jauh. Lain kain tempat pulak tu"

"Kau ni pehal tiba tiba sensitif kenapa? Macam tak biasa pulak. Takpa nanti aku cuti aku pergi melawat kau dekat UK, takpun kau datang melawat aku dengan Australia"

"Haa elok jugak tu. Take care weh tempat baru, jangan terpengaruh sangat dengan budaya barat."

"Kau tu yang jangan terpengaruh dengan budaya barat. Lagi satu, dahla kau lari bidang, tiba tiba nak amik kos engineering. Before this elok elok kau belajar management"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now