[ 11 ]

1.1K 36 0
                                    

"Tengku Edriz Ayden, masuk bilik walid sekarang" ucap Tengku Adlan serius di interkom.

"Ada apa walid? Macam serius je?" soal Tengku Edriz sebaik sahaja memasuki pejabat milik Tengku Adlan.

"Tak payah nak buat muka tak bersalah! Dah tengok online news pagi ni?" soal Tengku Adlan berwajah ketat.

"Belum lagi walid, Ed baru je sampai ni. Kenapa ni walid?"

"Sebelum ni walid dah banyak kali bagi warning tapi Ed masih lagi buat perangai kan? Ni apa ni?" marah Tengku Adlan sambil menyuakan berita online di iphonenya itu kepada Tengku Edriz.

"Tengku Edriz dan pasangan sibuk memilih cincin untuk mengikat tanda"

Baru membaca headline pun sudah membuat Tengku Edriz panas hati.

Gambar itu diambil ketika Tengku Edriz dan Cathryn sedang sibuk memilih hadiah untuk Adhia di kedai emas Tiffany & co semalam.

"What? Walid ni gambar Ed dengan Helena semalam. Kami cuma argh wtf dengan wartawan ni tulis benda sampah macam ni. Ed boleh saman sebab tulis benda mengarut macam ni"

"Tak payah nak over sangat, sepatutnya walid yang lagi marah dari kamu! Sekarang ni nak cakap Ed tengah nak try Cath ke? Macam tu? Siap pergi beli barang kemas lagi, Ed ni pantang tengok yang dahi licin kan lepastu mula lah keluar perangai tak semengah tu"

"Tak walid bukan macam tu. Walid janganlah salah faham. Let me explain, Ed pergi mall semalam sebab nak cari hadiah untuk Yaya. Apa yang wartawan tulis tu semua tak betul. Sejak bila pulak Ed pergi beli cincin untuk ikat tanda, mengarut"

"You know right Edriz, walid dah muak dengan gossip murahan macam ni lebih lebih lagi bila melibatkan kamu dengan skandal yang entah apa apa. Lagipun atas apa yang Ed dah pernah buat sebelum ni, memang susah untuk walid percayakan Ed"

"Walid, Ed dah berubah lah. Dah sebulan lebih Ed tinggalkan perangai lama Ed kan. One more thing, Ed memang tak ada apa apa hubungan dengan Helena. We are just a boss and a staff, not more than than" terang Tengku Edriz bersungguh

"I don't want to hear any excuses anymore. Dulu pun Ed macam tu jugak, kalau walid tanya, Ed akan cakap cuma kawan lah, cuma itu lah cuma ini lah. Tak pernah nak mengaku selalu bagi alasan, sebab tu Walid malas nak percaya kan Ed"

Edriz terdiam, tidak tahu ayat apa lagi hendak diguna untuk membela diri. Tengku Adlan memang sudah tidak mempercayainya lagi.

"Kalau macam tu walid nak suruh Ed buat apa? Supaya walid boleh percayakan Ed macam dulu? Bagitahu Ed, jadi Ed boleh buktikan pada walid yang Ed dah betul betul berubah"

"Kahwin dengan Cathryn!"

"What?! Walid apa semua ni? Tadi marah Ed cakap Ed ni kononnya nak try Helena, sekarang ni nak suruh Ed kahwin dengan dia pulak. Apa semua ni walid?!"

"Take it or leave it"

"Tak adil lah macam ni, takkan lah masa depan Ed, dengan siapa Ed nak kahwin pun walid nak tentukan. Ed berhak untuk buat pilihan sendiri. It's all about my future, walid. Walid please ni bukan dalam drama, anak kena paksa kahwin bagai" bantah Tengku Edriz.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now