Tengku Edriz pantas mengatur langkah ke pejabat Tengku Adlan sebaik mendapat arahan melalui interkom.
"Ada apa walid? Nak bincang pasal project dekat Terengganu ke? Kalau pasal pro---"
"Bukan. Bukan pasal tu. Ada benda lagi penting yang Walid nak bagitahu. Walid nak bincang pasal Ed" pintas Tengku Adlan.
"Pasal Ed? Ed ada buat salah ke walid?" Soal Tengku Edriz bernada cuak.
"Takda, Ed takda buat salah pun. Macam ni Ed, walid rasa dah tiba masa untuk walid rehat dekat rumah. Jadi walid nak serahkan syarikat ni untuk Ed uruskan. Walid pun perasan Ed dah banyak sangat berubah sejak kahwin" ujar Tengku Adlan.
"Betul ke keputusan walid ni? Ed ni masih mentah la walid, banyak benda lagi yang Ed kena belajar"
"Mentah apa nya, dah lebih 3 tahun Ed dalam bidang business ni. Kalau tak belajar dari sekarang, habistu bila nak belajar? Belajar dan cari pengalaman sebanyak mungkin di usia muda sekarang ni"
"Ed sebenarnya takut kalau Ed tak mampu nak bangunkan syarikat ni macam walid handle"
"Walid tahu anak walid ni boleh diharap. Ed tak payah risau, walid still akan pantau dari jauh. Walid akan tolong Ed apa yang patut. Ed kan muda lagi, walid yakin Ed ada banyak idea yang boleh memajukan syarikat kita"
"Kalau itu yang walid nak, Ed ikut je"
"Jadi walid cadang nak buat event syarikat. Kita buat annual dinner sempena penyerahan jawatan CEO kepada Ed"
"Ed tak kisah, Ed ikut je rancangan walid. Nak buat dekat suite ke?"
"Yup dekat Empire Suite, bonda pun dah setuju nak buat dekat situ. Walid plan nak bagi staffs cuti lepastu kita buat sekali family day. Pagi family day, malam kita buat dinner. Ed rasa okay tak?"
"Elok jugak walid, lagipun kita banyak menang tender lately untung pun lumayan jadi boleh lah buat special event untuk raikan kejayaan kita ni"
"Kan itulah yang walid fikir. Okay kejap lagi Ed bagitahu Cath yang after lunch break kita ada meeting, nanti inform dekat staff lain sekali"
✨✨✨
Fikiran Cathryn jauh melayang mengingatkan perbualannya dengan Inspektor Farid beberapa hari lepas.
"Cik Puan, saya dah siasat semua latar belakang keluar Dato' Majid dan setelah diteliti memang banyak benda yang mencurigakan"
"Setelah saya bukak pendrive tu masih ada beberapa folder yang tersembunyi dan ada banyak jugak akhbar tentang mangsa yang pernah menjadi mangsanya" terang Insp. Farid
"Jadi bila kita boleh heret dia ke penjara? Lagi lama kita biarkan, lagi menjadi jadi perangai dia"
"Cik Puan jangan risau, hujung minggu ni pihak kami akan buat penangkapan. Bukti yang ada semua ni dah cukup kukuh untuk sabitkan kesalahan"
"Alhamdulliah, saya dah tak sabar nak cepat cepat selesaikan semua ni. Selagi semua ni tak selesai selagi itulah hati saya tak tenang"
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...