Tengku Edriz dan Cathryn kini berpindah bilik, dan diletakkan didalam wad yang sama setelah dipinta oleh Tengku Adlan.
"Sayang...larat tak kalau nak suruh pimpin abang untuk jalan pergi dekat beranda sana? Bosanlah terperap dekat wad ni"
"Tapi abang baru je sedar, sepatutnya abang kena banyakkan rehat"
"Takpa abang okay je ni. Abang cuma nak hirup udara segar"
Perlahan kedua mereka berdua berjalan beriringain ke beranda wad.
"Cuba sayang cerita dekat abang kenapa sayang boleh ada dekat sini siap pakai baju hospital ni?"
"Sayang pengsan kat penthouse semalam lepas dapat call dari Hadif pasal abang kemalangan. Lepastu sayang kena tahan dekat wad, Doktor Syida cakap babies kita dah nak masuk 6 minggu"
"6 minggu sayang? Maksudnya masa dekat Terengganu haritu sayang dah pregnant lah kan?"
Cathryn mengangguk.
"Eh kejap, babies? Abang tak salah dengar kan? Sayannnggggg! Kita akan dapat twins ke?" Soal Tengku Edriz terlebih teruja dengan senyuman yang tak lekang dari bibir.
Cathryn mengganguk lagi. Cathryn sebak melihat reaksi Tengku Edriz. Tersangatlah priceless baginya.
"Yes abang, we are going to have twins"
Seraya itu dia menarik Cathryn ke dalam pelukkanya dan ubun ubun isterinya itu dikucup berkali kali.
"Ya Allah abang tak mimpi kan sayang? Terima kasih ya allah! Terima kasih sayang! Bonda, walid, nenda dah tahu ke?"
Cathryn tidak mampu menyembunyikan air matanya lagi, perlahan air matanya menitis.
"Sayang, why? Why you cry? Sayang tak happy ke kita akan dapat twins?"
Cathryn menggelang.
"No, bukan macam tu. Sayang happy, happy sangat sangat" jawab Cathryn.
"Then why you cry? Did i hurt you babygirl?"
Cathryn menarik nafas panjang, kepalanya sedikit mendongak untuk meyamai paras mata Tengku Edriz. Ketinggiannya hanya separa dagu Tengku Edriz.
"Sayang speechless sebab tengok abang excited bila dapat tahu sayang pregnant. I didn't expect to see you react this way. Sayang boleh nampak keikhlasan abang yang betul betul sayangkan sayang. Actually dah lama sayang sedar semua tu, tapi sayang ego tak nak bagi abang ruang"
Tengku Edriz berdiam seketika untuk memberi ruang kepada Cathryn bagi menjelaskan semuanya.
"Masa Hadif call cakap abang accident teruk, tiba tiba sayang rasa takut sangat. Sayang fikir mungkin tuhan nak bagi pentunjuk supaya tak keras kepala dan lebih menghargai abang. Selama ni abang betul betul sayangkan sayang tapi sayang je buat acuh tak acuh"
"Sayang... sayang tak perlu buat semua ni secara terpaksa, abang faham je keadaan sayang. Sayang mungkin boleh cuba sayangkan abang slowly. Abang boleh bagi masa dekat sayang sebanyak mana yang sayang nak. Asalkan sayang jangan mintak abang untuk tinggalkan sayang"
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...