[ 30 ]

1.2K 36 2
                                    

Cathryn sedikit terkilan terkilan apabila Tengku Edriz lansung tidak menjamah masakannya semalam. Buktinya lauk pauk itu tidak terusik sama sekali. Tak pasal pasal dah basi, membazir je.

Cathryn menarik nafas dan cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini.

"Kau kena sabar Cath, siapa suruh kau mulakan semua ni jadi kau kena lah tanggung. Tarik nafas dan bertenang"

Enggan untuk merosakkan moodnya di pagi hari, Cathryn cuba untuk tidak mengambil hati dengan apa yang dilakukan oleh Tengku Edriz, kerana dia sedar bahawa salah itu juga berpunca dari dirinya.

Dengan penuh semangat, Cathryn memanaskan kuali untuk membuat nasi goreng dan scrambbled egg.

Entah dimana silapnya, pergelangan tangannya kanan tersentuh kuali panas itu.

"Awwwwwh" jerit Cathryn meringis sakit. Pergelangannya tangannya sudah melecur kemerahan. Dengan tergopoh gopoh Cathryn bergerak ke arah peti untuk mengambil ice bagi mengurangkan rasa pedih di pergelangannya.

Niat untuk menggoreng nasi terpaksa dibatalkan. Jadi dia hanya membuat scrambbled egg dengan roti bakar sahaja.

Setelah siap menyediakan sarapan pagi, Cathryn bergerak ke biliknya untuk mengubati kulitnya yang sedikit melecur sebelum bersiap untuk pergi kerja.

"Kenapalah boleh cuai harini, tak pasal pasal boleh nahas haih" omelnya sendirian.

✨✨✨

Nasib Cathryn tidak begitu baik hari ini, keranaTengku Edriz sudah berangkat ke tempat kerja dan meninggalkannya sendirian dirumah.

"Takpa Cath, apa yang penting kau kena sabar. Anggap sajalah ini cabaran untuk kau hadap. Fighting Cath!"

Nak tak nak, terpaksalah dia menaiki grab untuk ke tempat kerja.

Sebaik tiba di pejabat, kelihatan Kak Ira sudahpun sampai.

"Morning Cath" ucap Kak Ira mesra.

"Morning Kak Ira, dah jumpa Tengku ke belum?"

"Dah tadi. Tengku suruh Cath masuk jumpa dia kejap lagi"

Pintu bilik Tengku Edriz diketuk dua kali sebelum Cathryn diarahkan masuk.

"Kenapa awak tak cakap yang Kak Ira dah masuk harini?" Marah Tengku Edriz sebaik Cathryn melangkah masuk

"Saya dah call awak semalam banyak kali tapi awak tak angkat. Same goes to Kak Ira. Awak yang suruh Kak Ira datang tapi awak sendiri yang tak masuk office"

"Sekarang ni awak nak salahkan saya lah?"

"Dahtu saya call nak inform, awak pulak off phone. Jadi saya suruh jelah Kak Ira masuk kerja macam biasa harini, lagi pun kalau ikut tarikh memang harini Kak Ira kena lapor diri"

"Habistu kenapa tak bagitahu saya kat rumah semalam? Takkanlah semua benda nak kena ajar, ada otak tak boleh fikir ke?!"

"Okay fine, sorry salah saya, saya lupa semalam" jawab Cathryn mengalah. Dia tahu Tengku Edriz cuba untuk memprovoke dirinya.

"Haa mengaku pun salah. Dah tahu diri tu salah masih lagi nak tunding jari dekat orang lain. Sekarang ni department kita penuh, what do you expect? Nak letak Kak Ira kat mana?! Tahu tak cara awak ni menyusahkan orang lain?"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now