Cathryn tersedar setelah terlena kerana dia 'terbabas' dek kerana godaan manjah Tengku Edriz. Penat mungkin.. Lah ghisau..
Sedar tak sedar dah pukul 12.30 tengah hari. Namun tiada pula jasad Tengku di sebelahnya.
Seusai membersihkan diri dia terus turun ke tingkat bawah.
"Mana semua orang, sunyi je" desis Cathryn apabila melihat tiada langsung kelibat suami dan mertuanya di rumah agam itu.
Cathryn mula merasa pelik, biasanya mertuanya itu akan memberitahunya dulu jika hendak ke mana-mana. Sudahlah Tengku Edriz boleh meninggalkan dia sendirian tanpa sepatah kata.
Padahal sebelum ini, sejak awal kandungannya dia tidak pernah ditinggalkan seorang diri dirumah.
Cathryn mengeluh lagi.
"Kenapa semua orang macam dah tak amik kisah pasal aku? Ke aku ni membebankan mereka?"
"Twins, mama sedih lah macam ni. Semua dah tak sayang mama. Kenapa mereka buat mama rasa tersisih, apa salah mama?"
Seketika kemudian, Tengku Edriz pulang ke rumah dengan membawa dua bungkus nasi lemak.
"Eh sayang dah bangun, mesti penat kan jom kita makan dulu. Sorry lah tinggal sayang sorang sorang, abang keluar cari makanan kejap sebab bonda dengan walid ada hal urgent pagi ni"
Cathryn mengeleng. Selera makannya sudah hilang. Tekaknya berasa kenyang. Kenyang kerana makan hati.
"Lahh marah lagi ke? Tak cukup lagi eh charms abang? Dari semalam lepastu sambung balik tadi pagi pun tak menjadi jugak? Nampaknya malam ni kena cuba lebih lagi dari tadi pagi"
Cathryn menjeling tajam mendengar statment kebiruan Tengku Edriz.
Tengku Edriz tergelak. Niatnya sengaja ingin mengusik isterinya.
"Jangan lah garang yang, abang gurau je. Sayang makan sikit eh? Tak kesian dekat twins ke? Bonda ada cakap yang lately sayang dah tak makan sangat. Please jangan macam ni, abang taknak sayang sakit nanti" pujuk Tengku Edriz lembut seraya mengusap perut isterinya.
"Saya ni membebankan awak ke?" tiba tiba soalan itu yang terpacul dari mulut Cathryn.
"Ya Allah apa pulak sayang cakap macam tu? Kenapa pulak nak rasa terbeban, sayang kan tanggungjawab abang. Dah jom makan, kejap lagi abang nak bawak sayang pergi somewhere"
Tengku Edriz menarik kerusi untuk Cathryn. Perlahan Cathryn melabuhkan duduk.
Nasi ayam yang dibeli tadi, dicapai oleh Cathryn untuk dimakan. Namun ditahan oleh Tengku Edriz.
"Kenapa? Tadi suruh saya makan sekarang tak bagi pulak!" decit Cathryn tak puas hati.
"Haah memang nak suruh makan, tapi biar abang yang suapkan eh? Abang rindulah nak makan sama sama macam ni. Lagipun dah lama kita tak makan sama sama kan?"
"Nak makan sama sama macam mana kalau awak asyik balik lambat. Awak mana dah kisah saya makan ke tak kan? Awak kan lebih pentingkan kerja dekat office" jawab Cathryn dingin.
"Aip sayang tak elok tau gaduh depan makanan. Dah bukak mulut cepat aaaaa"
Cathryn menjeling sekilas suaminya sebelum membuka mulutnya.
Dia masih lagi dalam mood melancarkan perang dinginnya.✨✨✨
"Sayang, pakai cantik cantik tau. Abang nak bawak awak pergi tempat special"
"Kalau tak pergi tak boleh ke, saya tak larat lah. Senang senang awak sorang jelah yang pergi"
"Tak boleh! Sayang kena pergi jugak. Muk.ta.mad! Ti.tik!"
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...