[ 21 ]

1.1K 32 0
                                    

Dari mula meeting Cathryn memandang gelagat dua orang manusia dihadapanya itu. Entah kenapa dia merasa tersangat menyampah.

Mahu saja dia cepat cepat keluar dari meeting ini, tapi apakan daya meeting ini sangat penting untuk syarikat mereka.

"Dah kenapa lah perempuan ni dari tadi terkinja kinja mata meliar sana sini. Bukannya nak fokus apa orang tengah bincang. Dato' Majid ni pun satu, setiap kali datang p.a selalu tukar-tukar. Dasar orang tua miang! Cubalah cari p.a yang waras sikit" sempat Cathryn mengutuk Dato' Majid dengan p.a nya dalam hati.

"Alhamdulliah projek kita sekarang ni dah 30% berjalan dan semuanya dalam keadaan terkawal. Cuma rasanya kita perlukan tambah manpower, sebab kalau boleh saya nak projek kita ni cepat siap" ujar Tengku Edriz.

"Syukur sebab projek pun berjalan mengikut masa yang ditetapkan. Rasanya dalam lebih kurang 7 bulan lagi dah boleh siap sepenuhnya. Saya baru je bercadang nak tambah manpower, lagi cepat siap lagi cepat kita boleh buat launching" balas Dato' Majid.

"Betul Dato'. Helena, awak ada apa apa cadangan lagi tak yang nak tambah?"

"Bagi cadangan saya, apa yang paling peting kita kena sentiasa pantau harga kos barang keluar masuk untuk projek ni. Ye lah bukan apa, projek ni kan untung besar, jadi setiap yang keluar masuk tu kena catat dengan terperinci sebab itu sebahagian daripada untung kasar kita"

"Maksud saya kat sini, before beli stock tu rancang dan check harga dulu, supaya tak jadi lebihan stock yang boleh buat kita rugi. Setiap pemilihan stock biar padan dengan harga dan kualiti. Dalam meeting sebelum ni pun dah selalu di highlight kan tentang quality over quantity"

"Saya setuju dengan apa yang Cik Puan Cathryn cakap. Hal yang berkait dengan kewangan ini yang kita perlu pantau lebih. Sebab setiap duit yang keluar masuk tu ada untung rugi kita" giliran Hadif menambah.

"Very good  Helena, so awak nak tambah apa apa lagi?" Komen Tengku Edriz.

"Saya rasa itu sahaja dari saya. Ke Cik Syada ada nak tambah apa apa lagi?" sengaja Cathryn ingin mengenakan p.a Dato' Majid yang sedari tadi hanya leka dengan dunianya sendiri.

"Eh saya ke? Haa ye ye saya sokong dengan apa yang Cik Puan Cathryn cakap tadi" jawab Miyuni yang sedikit tersentak apabila namanya disebut secara tiba-tiba.

"Yang lain, ada nak tambah apa apa lagi sebab saya dah nak tamatkan meeting ni" tukas Tengku Edriz.

Sebaik mendapat gelengan yang lain, Tengku Edriz mengarah untuk bersurai.

"Syada, tolong kemas semua ni make sure you masukkan segala dokumen penting dalam briefcase I. Jangan ada yang tertinggal. I nak pergi tandas kejap, I dah tak tahan sangat ni"

"Okay, baik Dato'"

"Helena, kalau macam tu awak stay dengan saya kat bilik meeting ni kejap. Nanti kita hantar Dato' Majid keluar" pinta Tengku Edriz.

"Sure"

Sedari tadi Syada asyik tersengih sengih ke arah Tengku Edriz seperti kerang busuk, tapi Tengku Edriz langsung tidak mengendahkannya.

"Kecik besar kecik besar je aku tengok perempuan ni. Kalau ada ridset dah lama aku spray" omel Cathryn sendirian.

"Ya Allah handsomenya Tengku ni, kenapa lah dia tak pilih aku sebagai isteri dia. Kalau tak dah masyukkkk aku" sempat Syada berangan sendirian.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now