Ria Natalia, model seksi yang merupakan antara stok skandal Tengku Edriz. Nak cakap model ternama tak juga, sekadar model suam suam kuku. Sebab itu Tengku Edriz menjadi salah satu 'target' nya, tak lain tak bukan kalau tak sebab duit.
Dress hitam separa paha dipakai, dengan penuh lenggok langkahnya diatur menuju ke ruangan pejabat Tengku Edriz.
"I nak jumpa dengan Tengku Edriz! Now!" ujar Ria angkuh mengalahkan perangai anak bos.
"Maaf Cik Ria, tapi Tengku Ed tengah meeting sekarang ni, Cik Ria kena tunggu dulu. Mungkin dalam sejam" balas Hanania merangkap supervisor HR di Golden Empire Holding.
Jujur, Hanania juga sudah muka melayan drama sebegini. Bukan sekali dua.
"I don't care, I nak jumpa dia sekarang jugak. You tahu tak I ni girlfriend dia hah? Jangan sampai I suruh Ed pecat you" jerkah Ria Natalia.
"Cik Ria Natalia yang dihormati, cik lupa ke pantang Tengku macam mana? Kan dia dah pernah warning yang dia paling pantang kalau orang kacau dia tengah busy. Lagi lagi bila melibatkan urusan syarikat. Ke Cik Ria rasa nak kena halau dengan security?" sindir Hanania pedas.
"Ugh!! Okay fine, I will wait for him!" bentak Ria tidak berpuas hati.
Hanania hanya mampu mengeleng kepalanya. Sudah lali dan muak dengan perangai Ria yang berlagak diva.
"Ada hati mengaku girlfriend bos, padahal dia tu stok bos suka suka je. Dahla pakai baju takcukup kain. Terdedah sana terdedah sini. Macam orang kampung datang bandar! Takkan lah bos nak pilih orang macam ni nak buat bini" omel Hanania sendirian.
Ria sudah kebosanan, kini sudah hampir dua jam dia menunggu diruangan itu. Namun demi mengoda Tengku Edriz disabarkan jugak dirinya.
Mana boleh lepas orang macam Tengku Edriz ni, ibarat lombong emas dah. Kalau lepas memang rugilah.
Sebaik sahaja melihat beberapa orang staff keluar dari bilik meeting, dengan pantas Ria mengatur langkah ke pejabat Tengku Edriz yang terletak di sebelah bilik meeting.
"Sayang!" jerit Ria di muka pintu pejabat milik Tengku Edriz.
"What are you doing here?" soal Tengku Edriz yang jelas kurang senang dengan kedatangan Ria.
"Saja sebab rindukan you" balas Ria sambil bergerak ke arah kerusi Tengku Edriz.
Tangannya cuba dilingkarkan di leher Tengku Edriz.
Namun segera ditempis kasar oleh Tengku Edriz.
"Apa ni Ria? Please jangan nak lebih lebih, ni office. Jaga sikit batas you. Nanti kalau walid nampak mati I"
"Kenapa you nak marah-marah I ni sayang? Sebelum ni you okey je? Sepatutnya I yang marah kat you pasal news you dengan Suzie!"
"Ria Natalia! I warn you, please remain professional. Ni office I, so I berhak nak tentukan apa jua perkara. You pun tahu kan I tak suka campur adukkan personal matters dengan kerja, so please get out! I tengah serabut ni, so jangan nak tambahkan lagi keserabutan I" suara Tengku Edriz sudah naik seoktaf.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomansaKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...