Telefon yang berdering pantas diangkat sebaik nama Aunty Mary yang tertera.
"Cath tengah buat apa tu? Busy ke?" ujar Aunty Mary di talian.
"Baru lepas masak ni Aunty. Tak busy pun. Aunty dengan uncle sihat?"
"Alhamdullilah dua dua sihat, cuma lately busy dengan opening new branch kat US. Uncle pun dah makin busy dengan syarikat penerbangan dia. How was your life right now? Semua okay ke?"
"Mesti banyak benda yang nak kena settle kan Aunty? Hmm tak sabarnya nak balik sana nak tolong Aunty. Cath kat sini okay je Aunty, so for so good"
"Aunty pun tak sabar nak jumpa Cath, tapi sekarang Cath jadi isteri orang. Nak pergi mana mana kena mintak izin suami. Jangan derhaka dekat suami. Cath dengan Edriz okay je kan kat sana?"
"Ye tahu Aunty. Okay je, kenapa Aunty tanya?" Dalih Cathryn.
"Kan haritu Cath bagitahu yang Edriz dah tahu hal sebenar. Aunty cuma takut Ed tak boleh terima semua ni. Kalau jadi apa apa Cath jangan sorok dari Aunty"
"Cath dengan Ed okay je ni, setakat ni semuanya masih terkawal" dalih Cathryn lagi. Sebolehnya dia tidak mahu membebankan Aunty Mary dengan masalah rumah tangganya waktu ini.
"Alhamdulillah lega Aunty dengar. What about reportes or news? Takda tulis apa apa ke pasal Cath? Mesti mereka semua curious kan nak tahu siapa yang buka kes ni balik"
"Pasal reporters and news semua tu, so far masih terkawal lagi sebab Cath tak reveal lagi my real identity masa dekat court haritu. Kalau boleh Cath pun tak nak lah besar besarkan hal ni. Nanti kesian pulak family bonda dengan walid kene tempias sekali
"Aunty sokong apa yang Cath buat tu, lagipun bahaya kalau mereka dapat tahu anak arwah masih hidup. Selagi kes ni tak selesai, selagi Aunty risaukan Cath. I got to go right now, sebab kejap lagi ada meeting. Take care sayang, ada masa aunty call lagi"
✨✨✨
Jam didinding dikerling. Kelihatan sudah jam 10.30 malam.
Kebetulan pula malam itu hujan sangat lebat, kilat pula mulai sabung menyabung.Baru sahaja Cathryn ingin melelapkan mata, dia dikejutkan dengan petir yang maha kuat.
"Allahuakbar" jerit Cathryn ketakutan sendirian. Perasaan takut yang teramat mulai menyelubungi perasaan nya. Kedua dua tangan nya ditekupkan ditelinga.
Dirinya sudah menggigil ketakutan. Waktu ini hanya dia tinggal sendirian di penthouse itu. Sejurus itu, petir yang kedua lebih kuat berdentum berbanding yang pertama tadi.
Akhirnya Cathryn membuat keputusan untuk keluar dari biliknya dan bergerak ke arah sofa ruang tamu. Tubuhnya menggigil ketakutan. Lutunya itu dipeluk erat sambil kepala nya ditundukkan ke atas lutut.
Disaat ini dia hanya mampu berdoa mengharapkan hujan cepat cepat berhenti. Mukanya sudah pucat, air matanya tak usah cakap lah, sudah berlinangan di pipi dek kerana terlalu takut.
"Mummy..daddy.. Qay takut" ucap Cathryn diselangi tangisan. Semakin lama semakin teresak esak.
Seketika kemudian dia merasakan bahawa dirinya dipeluk dari tepi. Bau wangian maskulin itu cukup menyakinkan dia bahawa Tengku Edriz sudah pulang ke penthouse itu.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomantizmKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...