[ 24 ]

1K 36 1
                                    

Sudah hampir seminggu Cathryn dirumah sejak keluar dari hospital, jadi dia berhasrat untuk menyerahkan bukti yang ada kepada pihak polis sebelum dia kembali bekerja dan sebelum semuanya terlambat.

"Ayden, boleh tak kejap lagi saya nak keluar?" ucap Cathryn meminta keizinan. Matanya dikerlip beberapa kali meminta ehsan.

"Nak keluar pergi mana? Dengan siapa?" soal Tengku Edriz.

"Saya nak jumpa kawan saya. Saya sorang je"

"Kawan yang mana ni? Kalau awak sorang baik saya hantar"

"Kawan masa zaman belajar dulu, dia baru balik Malaysia. Eh takpa, saya boleh pergi sorang sorang. Lagipun grab kan ada"

"Takpayah lah naik grab, awak guna jelah kereta saya yang audi tu. Lagipun kereta tu saya dah jarang guna sekarang. Nah amik kunci ni"

"Tak naklah, saya mana reti drive. Awak nak suruh saya tolak kereta tu? Lagipun kereta awak kereta mewah, saya tak biasa"

"Eh yeke awak tak reti drive? Kalau macam tu jom saya hantar"

"Alaa please Ayden, please please, saya janji ni kira dah last saya keluar naik grab"

"Degil lah dia ni. Awak kena ingat awak tu wife saya, takkan saya nak biarkan awak naik grab je pergi sana sini. Nanti kalau wartawan tak bertauliah nampak macam macam mereka buat spekulasi"

"Okayyy baik bosss. Jangan risau saya tahu jaga diri saya" Cathryn sengih menayang sebaris giginya sebaik Tengku Edriz mengalah.

"Saya nak naik atas kejap, nak settlekan kerja sikit.

"Alright, awak tak nak keluar ke?"

"Tak kut, sebab kejap lagi Hadif nak datang. Ada benda yang kami nak bincang"

"Okay kalau macam tu sebelum keluar saya siapkan lunch dulu. Nanti awak ajak Hadif makan kat sini"

"Haa boleh jugak macam tu. Tapi kalau awak rushing, it's okay saya boleh je order grabfood"

"Takda rushing sangat pun, sempat je kalau nak masak"

✨✨✨

Setibanya di mall, Cathryn bergerak memasuki sebuah butik pakaian. Setelah selesai urusan pembayaran, Cathryn menukar pakaian asalnya tadi kepada jubah hitam dan berpurdah.

Dia perlu teliti dan berhati hati dalam membuat perancangan supaya semuanya tidak terbongkar sebelum masa yang tepat.

Dia juga perlu memastikan supaya tiada siapa mengenali dirinya. Apa yang berada di fikirannya sekarang adalah, dia perlu cepat cepat menyelesaikan semua ini.

Sebaik sahaja jam bergerak ke angka 2 petang, Cathryn berada tepat ditempat yang dijanjikan. Tempat yang dipilih itu agak jauh dari pandangan orang ramai dan sedikit tertutup demi menjaga privasi tentang apa yang bakal dibincangkan.

"So macam mana Cik Puan Cath? Kita boleh proceed sekarang?" soal Inspektor Fakri.

"Boleh. Dalam pendrive ni ada terkandung beberapa bahan bukti yang mungkin dapat membantu Inspektor. Saya harap Inspektor dapat tolong saya percepatkan proses ni. Saya dah tak sanggup nak biarkan orang yang bunuh mak ayah saya berkeliaran macam tu je"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now