Cathryn tersedar dari mimpi ngerinya secara mengejut. Nafas nya turun naik. Postur badannya dibetulkan untuk bersandar pada katil.
Dia mengucap panjang sambil meraup muka beberapa kali. Kenapa dia merasakan mimpinya tadi sungguh realistik?
Tiba tiba ari arinya terasa sangat ngilu. Cepat cepat dia menyelak gebar untuk melihat dirinya manalah tahu semua itu kenyataan.
Tengku Edriz yang sudah lena, terjaga apabila merasakan ada pergerakan disebelahnya.
"Sayang awak kenapa ni? Awak mimpi buruk lagi ke?" tebak Tengku Edriz.
Namun Cathryn hanya berdiam. Otakknya belum mampu mencerna dengan baik diketika ini.
"Sayang? Are you okay?" Soal Tengku Edriz lagi yang masih dalam keadaan mamai. Tapi kali ini dia memaksa dirinya untuk bangun walaupun dirinya mengantuk. Lampu tidur disebelah kirinya dibuka.
"Oo..okay, okay je. Awak sambung je tidur"
"Tapi awak nampak macam tak okay. Tell me what bother you sayang?"
"Nnn..nothing, don't mind me. Aw..awak sambung lah tidur, saya nak masuk tandas kejap"
Cathryn terus bangun dan menuju ke tandas. Jantungnya masih berdetak kencang tentang mimpi sebentar tadi. Segala kemungkinan bakal terjadi.
Awalnya Cathryn cuba bersangka baik bahawa semua ini adalah mainan tidur, tapi bila teringat balik sudah lama dia tidak period.
"Ya Allah kenapa aku tak perasan pasal pms aku datang lambat? Jangan jangan... betul aku mengandung" tanganya naik memegang perutnya yang masih kempis.
Takkan lah sebab kejadian malam tu dia boleh 'terlekat' padahal dia sempat menelan pil pencegahan sehari selepas itu.
Cathryn membasahkan mukanya beberapa kali. Air yang sejuk pada waktu ini sudah tidak dirasakan sejuk lagi. Dia menilik lama wajahnya di cermin tandas.
"Kalau semua ni betul macam mana aku nak berpisah dengan Ayden.."
Sungguh dia buntu saat ini apa yang dia perlu lakukan. Yang pasti Tengku Edriz tak boleh tahu tentang ini.
✨✨✨
Tengku Edriz mendekati Cathryn disofa yang sedang fokus menonton televisyen. Hakikatnya fikiran Cathryn jauh menerawang entah kemana.
"Awak, bosan lah duduk kat rumah weekend macam ni, jom kita keluar"
"Nak pergi mana? Rumah bonda ke?"
"Nope, bonda mana ada kat rumah. Harini dia dengan walid nak pergi Kedah sebab ada urusan sikit. Lepastu dalam 2 3 hari mereka nak singgah rumah nenda"
"Oh no! Walid dengan bonda nak pergi rumah nenda? Macam mana kalau mereka tahu yang saya selama berminggu ni dekat Terengganu?" Cathryn tiba tiba berubah cuak.
"Tak payah risau la sayang, nenda kan dah tahu hal sebenar dari awal. Saya yakin nenda tak semudah tu nak bocorkan dekat bonda dengan walid. Jadi sayang tak payah fikir lebih lebih okay?"
Seraya itu tangan Tengku Edriz menyelak jutaian rambut Cathryn dan disemat rapi ke belakang telinga.
Wajah Cathryn merona dengan perlakuan Tengku Edriz yang tiba tiba itu.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...