[ 57 ]

1K 27 1
                                    

"Morning!" Sapa Tengku Edriz riang yang baru saja turun dari tingkat atas bersama Cathryn.

"Morning Ed, wah dah cantik handsome nak pergi mana ni?" Soal Tengku Azzah.

"Pagi ni nak bawak Helena pergi check up nenda. Sambil sambil tu nak bawak dia pergi jalan jalan. Sesi memujuk punya pasal nenda hehe"

"Haa elok lah tu, harini spend time dengan Cath puas puas. Sebelum ni Ed busy sangat sampai takda masa dengan Cath. Kalau bonda dekat tempat Cath pun bonda merajuk juga" celah Tengku Eliza menyokong Cathryn.

Cathryn tersipu. Rasa malu pun bila teringat dia terlebih emosi kerana Tengku Edriz terlebih kerja tempoh hari.

"Okay bonda, harini Ed nak tebus balik silap Ed. Kesian isteri Ed ni dah lama tak keluar jalan jalan, kan sayang? Maafkan abang ye sayangku?"

Tengku Azzah tersenyum melihat kemesraan Tengku Edriz dan Cathryn. Benar kata Tengku Adlan, cucu sulungnya itu dah banyak berubah berbanding dahulu.

"Mary, James jom kita breakfast sama sama" ajak Tengku Adlan sebaik melihat kelibat Aunty Mary dengan Uncle James.

"Sedapnya bau roti canai. Nasi lemak pun ada wahh dah lama tak dapat rasa makanan pure Malaysia ni" kata Uncle James agak teruja.

"Haa makan James makan. Dekat sini je boleh rasa semua ni. Nanti dah balik UK dah susah nak makan macam ni"

"Betul tu Abang Lan, dekat UK memang susah nak dapat yang kena dengan selera"

"Aunty dengan uncle stay lah lama lagi kat sini. Nanti boleh Cath dengan Ed bawak jalan jalan area KL"

"Boleh sayang, aunty dengan uncle memang bercadang nak stay dalam seminggu lagi kat sini. Lagipun ada perkara yang kami nak kena settle lepastu baru balik UK"

"Baguslah macam tu, baru meriah sikit rumah kami. Cath lagi suka kalau aunty dengan uncle lama lama kat sini"

✨✨✨

Demi menebus balik kesalahannya kerana terlupa menemani isteri tercinta tempoh hari, hari ini Tengku Edriz membawa Cathryn berjumpa dokter untuk mengetahui tentang kandungan isterinya.

Alhamdulillah hasil pemeriksaan kedua bayi mereka sihat. Cumanya Cathryn perlu diberikan perhatian lebih memandangkan tekanan darahnya yang rendah dan tidak boleh terlalu stress.

"Check up is done! Harini kita nak happy happy je. Jadi sekarang ni sayang nak pergi mana? Cakap je, nanti abang bawak sayang pergi"

"Tak kisah abang nak bawak pergi mana pun sayang ikut je. Asalkan tempat tu tak crowded dengan orang ramai. Sayang lagi suka pergi tempat yang calming"

"As expected" desis Tengku Edriz tersenyum sendirian.

"Kenapa abang tiba tiba senyum sorang sorang?"

"Nothing. Jomla kita gerak sekarang"

Tak lama kemudian mereka berdua tiba di sebuah tasik yang terletak tidak jauh dari rumah baru mereka.

"Okay dah sampai, jom turun" ajak Tengku Edriz.

"Abang! Cantik nya tempat ni" Cathryn teruja.

"Come here, follow me. Abang nak tunjuk something"

Cathryn hanya mengikut langkah suaminya itu.

Langkahnya terhenti sebaik melihat hiasan ala bohemian picnic di tengah tengah tasik.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now