Cathryn tercari cari kelibat Tengku Edriz kerana dia sudah kebosanan menonton televisyen sedari tadi.
Dia menghampiri workstation Tengku Edriz, kelihatan suaminya itu sedang khusyuk menyemak dokumen. Malas untuk menganggu konsentrasi Tengku Edriz dia mengatur langkah pula ke balkoni apartment untuk mendapatkan udara segar malam.
Hampir 10 minit dia melayan perasaan sendirian, serasa ada susuk tubuh yang memeluknya dari belakang. Semestinya tak lain tak bukan suamiya sendiri.
Tangan Tengku Edriz perlahan mengusap perut Cathryn yang sudah semakin menampak. Cathryn pula terus bersandar pada dada bidang Tengku Edriz.
"Jauh sayang saya ni termenung, sayang fikir apa ni?"
"Kalau sayang bagitahu abang janji jangan marah okay?"
"Iya sayang, apa dia? Cakap lah" soal Tengku Edriz dan memusing badan Cathryn untuk menghadapnya.
"Sebenarnya sebelum abang accident sayang selalu dapat mimpi mimpi buruk"
"Mimpi buruk yang macam mana sayang?"
"At first masa sebelum saya dapat tahu saya pregnant, saya dah mimpi saya gugur. Then yang kedua bila saya dapat tahu awak accident, saya mimpi awak meninggal. Yang baru ni, malam yang saya sebut nama Ryan tu, saya mimpi saya hampir kena tikam dengan Bella" terang Cathryn.
Sebaik nama Bella meniti di bibir Cathryn, hati Tengku Edriz dihambat rasa bersalah. Tiba tiba sahaja hatinya merasa resah gelisah.
Kalaulah Cathryn dapat tahu tentang apa yang dia dah buat sudah pasti isterinya itu akan kecewa. Namun segala perasaan itu cuba diusir jauh jauh.
"Ya Allah kenapa baru sekarang bagitahu abang? Sayang ni suka sangat kan pendam sorang sorang. Sayang jangan risau abang akan pastikan Bella tak akan ganggu sayang lagi"
"Sebab bagi sayang semua tu mainan tidur. Tapi makin hari sayang jadi makin takut. Abang yakin ke Bella tak akan ganggu kita lagi? Sayang rasa Bella mampu buat lebih lagi asalkan abang jadi hak milik dia"
"Bella buat apa sekali pun tetap tak akan merubah perasaan abang dekat sayang. Abang tak akan benarkan sesiapa pun sakitkan sayang. I'm promise. Sayang jangan risau okay?"
"Thank you abang for being my safe place"
Cathryn menjinjing sedikit untuk menyamai ketinggian paras pipi Tengku Edriz, sekilas bibirnya menyentuh lembut pipi Tengku Edriz.
"Sayang! Did you kiss me just now?"
Cathryn tersenyum sipu dan cepat cepat memboloskan diri masuk ke bilik.
Baru beberapa langkah berjalan, tiba tiba Cathryn merasakan dirinya terampung. Dirinya sudah selamat dicempung Tengku Edriz.
"Jom sayang tidur. Abang rasa sejuk lah kat luar ni"
Tengku Edriz tersenyum penuh makna.
"Ahhh sudah apa aku patut buat ni" desis Cathryn dengan debaran menggila di hati.
"Ti..tidur? Ta..pi sayang tak ngantuk lagi"
Tengku Edriz perlahan lahan meletakkan Cathryn di atas katil.
"Tak ngantuk hmm? Kalau macam tu boleh ke kalau abang nak tuntut hak abang malam ni? Would you let me to treasure your soul tonight?" Soal Tengku Edriz matanya tak lepas memandang wajah Cathryn.
Dalam samar lampu jalan menerobosi tingkap bilik, Cathryn mengangguk perlahan.
Tanpa banyak suara Cathryn seperti merelakan setiap apa yang dilakukan oleh Tengku Edriz. Sikit pun tidak membantah.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...