[ 39 ]

1.1K 27 3
                                    

Tengku Eliza yang ingin menuju ke dapur sedikit terkejut melihat sekujur tubuh yang sedang terlena diatas sofa. Tak lain tak bukan si anak terunanya eh- teruna lagi ke?

"Ya Allah budak bertuah ni boleh pulak dia tidur kat sini. Ed... bangun subuh dah nak habis ni, kenapa tidur dekat sofa?" Kejut Tengku Eliza lembut.

"Emmm, dah pukul berapa ni bonda?" soal Tengku Edriz yang masih mamai.

"Dah pukul 7.00 pagi dah ni"

Perlahan Tengku Edriz bangun sambil menenyeh matanya. Badanya masih penat.

"Pukul 7 bonda? Ed rasa baru je terlelap tadi. Semalam flight Ed delay tu yang sampai lewat. Penatnya bonda" adu Tengku Edriz.

"Alahai kesian anak bonda. Bonda tak perasan pulak Ed sampai semalam. Pukul berapa Ed sampai sini?"

"Pukul 5.30 tadi sampai bonda"

"Dah pergi naik mandi dengan solat lepastu kita breakfast sama sama dengan walid"

"Okay bonda, Ed naik dulu" ujar Tengku Edriz lalu menarik bagasinya untuk dibawa ke tingkat atas.

Dalam hatinya berharap Tengku Eliza tidak akan menyoalnya lebih lebih tentang Cathryn, takut nanti dia tersalah cakap dan semuanya akan terbongkar.

✨✨✨

"Semalam walid ada melawat office, Ira cakap minggu ni dengan minggu depan jadual Ed memang padat sangat ye?" ujar Tengku Adlan sebaik Tengki Edriz turun ke ruang makan.

"Haah walid, minggu ni dah settel dah kerja dekat NY tu. Lusa dah kena gerak pergi Kelantan pulak untuk lawat site dengan Hadif. Tiba tiba kena gerak awal sebab ada masalah dekat site"

"Haih baru je balik dari New York semalam, lepas tu nak pergi Terengganu pulak? Tak boleh ke rest dulu, bonda tengok Ed ni dah macam tak terurus sibuk sangat dengan kerja"

"Biasalah dah jadi bos memanglah banyak kerja kene urus. Nanti makin lama makin busy bila asyik kena outstation je. Awak lupa ke Liza masa muda muda dulu abang pun macam tu jugak?" tambah Tengku Adlan

"Haa betul tu walid. Biasalah lah bonda, nak cari duit kena lah korban masa sikit. Sekarang kan dah ada isteri. Nak bagi kesenangan dekat isteri terpaksalah korban masa, kan walid?"

Tengku Eliza terseyum mendengar jawapan dari anak sulungnya itu. "Bonda perasan Ed dah makin matang sekarang ni. Bonda sukalah sikap Ed macam ni"

"Yelah Liza, dah tua dah, isteri pun dah ada, kalau tak matang lagi memang taktau lah nak cakap apa. Kalau buat perangai lagi memang patut kena ketuk dengan kayu golf"

"Dah insaf walid, tak buat perangai dah. Eh apa ni walid, Ed muda lagi, masih 20-series" jawab Tengku Edriz sambil tergelak.

"Haa cakap pasal isteri, bila Cath nak balik sini? Baru 2-3 hari lepas dia call tanya khabar bonda dengan walid"

"Amboi dia siap call bonda lagi, aku call bukan dia nak angkat pulak" bebel Tengku Edriz dihati.

"Sepatutnya minggu depan dia balik bonda" bohong Tengku Edriz.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now