[ 14 ]

1K 36 0
                                    

"Jauh awak termenung dah sampai mana tu?" sapa Tengku Edriz yang baru sahaja tiba dipejabat.

"Eh Tengku, good morning" ucap Cathryn sedikit tersentak dengan sapaan Tengku Edriz.

"Morning Helena"

"Err Tengku.."

"Yes? Awak ada nak cakap apa apa ke?" Soal Tengku Edriz menghentikan langkahnya.

"Enn can we talk for a while?"

"Sure, masuklah kita bincang dekat bilik saya"

Cathryn mengangguk seraya membuntuti Tengku Edriz.

"Duduk lah dulu" pelawa Tengku Edriz.

Dengan teragak-agak Cathryn menarik kerusi yang berhadapan dengan Tengku Edriz lalu melabuhkan duduknya.

"I know mesti Tengku akan fikir saya ni tiba tiba desprate ke apa ke, tapi saya dah fikir masak-masak pasal ni dan saya ikut je apa jua keputusan Tengku"

"What do you mean?" Tengku Edriz masih blur. Mungkin kerana masih di awal pagi dan sel otaknya belum berhubung sepenuhnya.

"Err, about your parents plan..." ucap Cathryn teragak agak. Serasa membahang wajahnya. Rasa macam terlebih beria pulak.

"Ya Rabbi, sorry Helena maklumlah banyak benda saya kena fikir lately. Are you serious? Ke bonda apa paksa awak apa apa ni?"

"Eh takda Tengku, aunty takda paksa apa apa"

"Are you sure Helena? Saya tak paksa awak untuk semua ni. Saya tak nak awak menyesal nanti. Saya tak nak sebab saya yang buat masalah awak yang kena tanggung sama"

"Y-yes sure, rasanya takda apa yang saya akan sesalkan sebab saya dah fikir segala risiko" jawab Cathryn ringkas sambil menekur lantai cuba untuk menutup malu.

"Kalau macam tu, nanti dah habis kerja awak ikut saya jumpa bonda dengan walid"

✨✨✨

Sejak keputusan persetujuan dibuat oleh kedua pihak, persiapan untuk majlis perkahwinan Cathryn dan Tengku Edriz sudah mula dijalankan kerana ianya bakal berlangsung dalam masa kurang 3 minggu sahaja lagi.

Kejap bukan? Tapi itulah keputusan yang telah ditetapkan oleh Tengku Eliza dan Tengku Adlan.

Kalau dikutkan Tengku Edriz hanya mahu buat majlis kecil-kecilan sahaja. Cukuplah hanya menjemput kenalan terdekat sahaja. Namun cadangan ditentang keras kerasan oleh kedua orang tua nya.

Manakan tidak, Tengku Edriz merupakan pewaris tunggal untuk legasi Golden Empire jadi majlis perkahwinannya juga mestilah dibuat besar-besaran takkan nak buat ala kadar sahaja.

Tengku Edriz akur. Dah orang tua nya yang nak sangat dia berkahwin jadi biarlah mereka yang menguruskan segalanya. Semangat nak sambut menantu lah katakan.

Hubungan Adhia dan Cathryn juga semakin rapat. Pantang ada masa terluang mula lah mereka akan keluar menghabiskan masa bersama. Biasalah Cathryn tidak pernah mempunyai adik jadi dia layankan saja kehendak Adhia itu.

Kalau ditanya tentang hubunganya dengan Tengku Edriz, jawapannya masih sama. Mereka masih lagi berlagak biasa seperti bos dan pekerja. Tiada apa yang berubah.

Hanania dengan Safeeya pula tak usah cakaplah, kemain dia membahan Cathryn kerana sebelum ini dia menidakkan hubungan dengan Tengku Edriz. Tahu tahu dah nak kahwin, terus kecoh satu office.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now