[ 8 ]

1.1K 48 0
                                    

Sudah 3 hari berturut-turut Puan Sri Arina dan Tan Sri Khalid muncul dalam mimpi Cathryn. Setiap malam Cathryn akan mendapat mimpi yang sama.

Cathryn juga masih tertanya tanya apa maksud yang cuba disampaikan oleh orang tuanya melalui mimpi-mimpinya itu.

Tapi mimpi itu kan sekadar mainan tidur, jadi dia tak boleh terlalu taksub dengan semua itu. Mungkin orang tuanya mahu dia lebih berhati hati dengan orang sekelilingnya.

Perut Cathryn sudah berkeroncong meminta untuk di isi. Jam ditangannya dikerling, sememangnya sekarang adalah waktu lunch.

"Hm malas nya nak turun lunch sorang sorang, kenapalah Hana cuti harini" gumam Cathryn. Nak tak nak terpaksa lah dia turun ke bawah berseorangan.

Cathryn bercadang untuk makan nasi ayam gepuk yang terletak di seberang jalan syarikat. Sudah dua tiga hari dia aim kedai itu memandangkan ramai yang cakap sedap.

Seperti biasa waktu sebegini jalan raya sedikit sesak dengan kenderaan di atas jalan. Ditambah pula dengan cuaca sekarang yang panas membahang lain macam.

"Cuaca pun apehal lah panas terik sangat ni. Dahlah aku sakit kepala sebab tak boleh tidur nyenyak dua tiga hari ni haih" keluh Cathryn sendirian.

Hampir 5 minit sudah dia terpacak di tepi jalan itu untuk melintas namun dia masih belum berani kerana semua kenderaan memecut laju.

Kereta mulai perlahan apabila lampu bertukar merah, jadi cepat cepat Cathryn berjalan untuk ke seberang jalan. Tapi kepalanya tiba tiba serasa sakit yang amat, matanya seperti berpinar pinar.

Bunyi hon kerata yang semakin mendekat sudah tidak dihiraukan lagi sebelum dia rebah diatas jalan.

Tapi dia sempat menangkap nama dipanggil sebelum dia tidak menyedarkan diri.

Tengku Edriz Ayden's POV

Memandangkan minggu ini aku agak sibuk dengan kerja luar, jadi aku terpaksa masuk kerja sedikit lewat. Hampir pukul 1 baru aku masuk ke pejabat.

Baru sahaja aku siap memakir kereta, aku terdengar bunyi hon yang agak kuat tidak jauh dari tempat aku parkir kereta.

Aku cuba mencari punca kenapa hon dibunyikan itu dan aku terlihat ada seorang perempuan berhenti ditengah-tengah jalan raya sambil memegang kepalanya seperti menahan sakit.

Setelah aku amati betul-betul, rupanya itu adalah Helena.

Aku pantas berlari ke arahnya memandangkan bunyi hon itu ditekan panjang tanpa henti, namun belum sempat aku sampai untuk menarik Helena dia sudah rebah ke atas jalan.

"Helena!!" jerit aku sedikit terkejut.

✨✨✨

"How's Helena Doc?" tanya Tengku Edriz setelah Doktor Nazia siap memeriksa Cathryn.

"Tengku jangan risau, girlfriend Tengku okey je. Cuma tekanan darah dia rendah tambah pulak dia tak cukup tidur sebab tu dia pengsan"

"Emm she's not my girlfrind but my p.a actually. Anyway, anything else?"

"Helena tu pernah accident teruk ke sebelum ni Tengku?"

"Yang tu saya tak berapa nak pasti sebab dia p.a baru saya. Kenapa doctor? It is something serious?"

"Saya rasa yang tu baik Tengku tanya tuan badan sendiri. Cumanya tadi masa Tengku bawak dia datang sini dahi dengan tapak tangan dia terluka sikit"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now