[ 35 ]

1.2K 40 2
                                    

Tengku Edriz memecut laju keretenya seperti orang tak sayang nyawa. Tak kisah walau macam mana caranya dia perlu cepat cepat sampai ke Hotel Swiss Riverside.

"Fxckkkk! Hotel low class macam ni kau bawak bini aku. Memang nak tempah maut sial!"

Tanpa memakir kereta dengan betul, Tengku Edriz terus meluru masuk ke dalam hotel dan menekan lift. Malangnya, lift sebelah kiri rosak manakala sebelah kanan pulah dah penuh.

Malas nak tunggu giliran, Tengku Edriz terus bergerak ke pintu kecemasan untuk menggunakan tangga. Langkahnya dibuka seluas mungkin untuk melangkaui anak anak tangga itu supaya cepat sampai ke tingkat 5.

Nafasnya sudah tercungap cungap sebaik berjaya naik hingga ke tingkat 5. Bilik 522 dicari satu persatu, Tengku Edriz sudah bersedia mengenggam penumbuk sebaik menjumpai bilik 522.
Pintu bilik itu diketuk kuat bagaikan nak roboh, sebaik sahaja wajah seorang lelaki membuka pintu bilik itu dia terus menolak kasar badan lelaki itu dan melayangkan tumbukan padu tepat diperut.

Lelaki yang dimaksudkan itu adalah Badrul. Hasil tumbukan tadi Badrul sudah jatuh terduduk di lantai sambil mendesis kesakitan.
Melihatkan keadaan Cathryn yang sedang terbaring di atas katil dengan dress yang yang tersingkap hampir ke paha lagi menambahkan bara di hati Tengku Edriz.

"Kau memang nak mati kan sial?! Apa yang kau dah buat dekat isteri aku hah? Dasar jantan tak guna!" bentak Tengku Edriz kasar. Kolar baju Badrul dicengkam kuat dan dipaksa berdiri.

"Yang kau nak overeact ni kenapa? Biar lah aku rasa dia sikit. Sharing is caring bro. Takkan tu pun nak berkira, tak luak pun lah" jawab Badrul tanpa rasa bersalah.

"Overeact kau cakap?! Sharing is caring kepala bana kau! Jantan sial macam kau ni memang tak layak untuk hidup lah! Ni amik rasakan!"

Tengku Edriz naik gila, dia memukul dan menumbuk Badrul bertubi tubi. Nasib tak arwah Badrul dikerjakan hampir separuh mati. Darah yang keluar dari mulut Badrul sikit pun tak membuatkan Tengku Edriz kesian.

Kalau ikutkan amarah gila Tengku Edriz dah lama dia campak jantan bangsat ni dari tingkat 5, biar cepat sikit sampai ke neraka. Tapi akal warasnya menghalang dia berbuat begitu.

"Kau tak patut buat aku macam ni, Bella yang dah rancang aku cuma ikut je" ujar Badrul lemah. Sungguh Tengku Edriz bukan lawan nya.

"Tak patut? Kau ni memang anak haram jantan tak guna, aku akan pastikan kau menyesal sebab dah sentuh bini aku! Kau dengan Bella dua dua sama sial"

Tak lama selepas itu, Hadif tiba bersama Melissa dengan seorang staff hotel.

Melissa cepat cepat mendekati Cathryn dan menyelimutkan badannya yang agak terdedah itu. Hadif pula tak sanggup untuk melihat, jadi dia terus memalingkan muka nya ke arah lain.

Hadif kemudiannya mengarah staff hotel untuk mencari kamera tersembunyi yang diletakkan oleh Badrul dibilik itu. Tengku Edriz kembali mencerlung sebaik mendengar kata kata Hadif

"Fxckkk! Kau memang sial kan?! Kau siap letak hidden camera lagi?"

Kaki Tengku Edriz lagi sikit ingin memijak muka Badrul tapi ditahan Hadif.

"Dah dah, kan mati anak orang. Kejap lagi polis sampai biar pihak polis yang settle. Sekarang ni hal lain kau tak payah fikir lagi, apa yang penting kau kena tengokkan Cath. Aku tak rasa Cath okay sekarang ni"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now