"Kenapa? Awak nak buat haluan sendiri ke? Awak rasa terbeban ke jadi isteri saya?" Soalan Tengku Edriz menyentakkan Cathryn. Sepertinya dirinya sudah terlepas cakap.
"Kita baru je kahwin, inai dekat jari awak pun masih merah. Takkan lah awak dah plan kita nak berpisah? Ke sebab awak terasa sangat dengan apa yang Bonda dan Yaya cakap tadi?" Tambah Tengku Edriz apabila soalanya dibiarkan sepi.
"Tak.. Takda kaitan pun dengan Bonda dengan Yaya" jawab Cathryn lambat lambat.
"Habistu?"
"Takpelah, lupakan jelah apa yang saya cakap tadi"
"Saya tahu, mesti awak dah mula rasa menyesal kan sebab buat keputusan untuk kahwin dengan saya? Jujur saya cakap saya pun tak tahu macam mana hala tuju perkahwinan kita ni macam mana tapi saya janji saya akan cuba terbaik untuk awak dengan family saya"
"Awak tak perlu cuba Ayden, awak tak perlu paksa diri awak. Saya pun tak mengharapkan apa apa dari perkahwinan ni"
"Tapi macam mana kalau saya nak cuba? Boleh ke awak bagi saya peluang?"
"Peluang? What do you means?"
"Peluang untuk saya jadi suami awak"
"Kan sekarang ni awak dah jadi suami saya"
"Maksud saya, peluang untuk kita hidup macam normal husband and wife. Boleh tak awak bagi saya masa untuk saya cuba sayangkan awak sebagai isteri saya yang sah?" ucap Tengku Edriz jujur sambil dia menggapai kedua belah tangan Cathryn.
Perlahan Cathryn menarik kembali tangannya. Tak selesa.
"Ayden, jangan paksa diri awak untuk benda macam ni. Benda yang melibatkan hati dengan perasaan ni tak boleh dipaksa. Awak jangan risau saya okay je kalau kita macam ni. Saya janji saya tak akan tuntut apa apa hak pun dari awak. Saya sedar niat asal perkahwinan kita ni macam mana"
"Niat asal? You means sebab walid dengan bonda? Sebab terhutang budi? Macam tu?"
Cathryn mengangguk sekadar mengiyakan. Biarlah Tengku Edriz beranggapan begitu. Walhal bukan itu niat asalnya.
"Kiranya orang macam saya ni tak layak diberi peluang ke?"
"Ya Allah bukan macam tu maksud saya" gelabah Cathryn menjawab. Tengku Edriz pula menahan gelak melihat wajah Cathryn. Sengaja dia ingin mengusik wanita itu.
"Okay listen here Cathryn Helena, ni bukan soal terpaksa atau memaksa ke apa, saya cuma nak terima hakikat yang sepatutnya saya lebih menghargai benda yang ada depan mata saya. Sekarang ni awak dah jadi isteri saya, walau macam mana sekalipun awak dah jadi tanggungjawab saya"
"Macam mana kalau saya tak boleh nak bagi the same energy?"
"Kalau kita tak cuba macam mana kita nak tahu energy kita match ke tak. Kan?"
Cathryn terkedu, tidak tahu bagaimana dia harus bereaksi.
Hatinya masih tak tenang apabila dia mengingati bahawa Ryan dan Tengku Edriz merupakan adik beradik. Bagaimana jika Tengku Edriz tahu bahawa dia merupakan bekas kekasih Ryan?
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...