[ 19 ]

1.1K 35 0
                                    

Lena Cathryn terjaga sebaik tersedar dari mimipinya. Perlahan air matanya menitik apabila mengenangkan arwah orang tuanya.

Sumpah dia terlalu merindukan kedua orang tuanya itu. Sungguh sakit rasanya merindui orang yang sudah tiada. Rindu yang tidak mampu diungkap dengan kata kata.

Perlahan dia bersandar di kepala katil, kakinya dirapatkan ke dada sambil memeluk lutut. Esakan halusnya mengejutkan Tengku Edriz yang sedang nyenyak di ulit mimpi.

Dengan keadaan mamai Tengku Edriz menghidupkan lampu tidur dan merapati tubuh Cathryn.

"Helena, hey kenapa ni? Awak sakit ke?" soal Tengku Edriz dengan suara seraknya yang baru terjaga itu.

Jam didinding sempat dikerling, jam 6.00 pagi.

"Saya... saya... rindukan orang tua saya" ucap Cathryn dalam sendu. Jiwanya terlalu rapuh disaat ini.

"Shhh, shhh, kat sini kan awak ada nenda, bonda, walid, awak ada saya. Jangan lah nangis" Pujuk Tengku Edriz, sebelah tangannya naik menyeka air mata Cathryn.

Cathryn memandang sepasang mata hazel milik Tengku Edriz disamar cahaya lampu tidur, air matanya semakin melebat lagi lagi apabila mengingatkan bahawa Tengku Edriz merupakan abang kembar kepada arwah Ryan.

Perasaan bersalahnya semakin menebal. Macam mana dia perlu menjelaskan semua itu nanti kepada Tengku Edriz. Bagaimana pula penerimaan suaminya itu nanti?

"Saya tak pandai nak pujuk kalau orang tengah nangis tapi saya tak suka tengok orang menangis, nampak buruk sangat muka"

Cathryn sedikit tergelak bersama sisa tangisnya apabila diusik begitu oleh Tengku Edriz

"Haa, kan comel kalau gelak macam tu. Dah dah don't cry okay?"

Cathryn menepis perlahan tangan Tengku Edriz. Dia segan. Perlahan dia mengangguk patuh dan menyapu sisa air matanya.

"Sorry dah susahkan awak jaga saya semalam. Mesti awak penat kan? Penat dengan majlis lagi, penat nak jaga saya lagi"

"Lepasni saya dah tak nak dengar awak cakap macam ni boleh? Saya tak nak awak cakap yang awak menyusahkan saya. Saya tak suka" tegas Tengku Edriz membuatkan Cathryn terdiam.

✨✨✨

Cathryn diburu rasa bersalah kerana semalam dia hanya terkurung dalam bilik dan langsung tidak turun ke tingkat bawah.

Jadi pagi ini dia turun ke dapur sedikit awal untuk menyediakan apa yang patut. Namun kelihatan kedua bonda dan nendanya sedang ligat menyiapkan sarapan.

"Bonda... nenda... masak apa tu?" tegur Cathryn.

"Eh Cath, dah okay ke ni sayang?" soal Tengku Eliza.

"Dah okay bonda, Cath dah makan ubat semalam"

"Ed mana? Dah bangun ke belum?"

"Ada tengah rest kat atas nenda, kesian semalam dia tak cukup tidur jaga Cath. Tu yang Cath suruh dia sambung rest balik"

"Sukanya bonda dengar, baguslah kalau dia tahu tanggungjawab dia sebagai suami"

"Mestilah Liza, dah jadi suami orang mestilah dia tahu tanggungjawab dia"

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now