Hadif perasan sudah dua tiga hari raut wajah Tengku Edriz ketat semacam. Kalau bergurau nak tengok senyum pun susah, nak tak nak je layan.
"Ed, kau kenapa? Aku tengok kau macam tengah stress je. Ada apa apa ke yang kau nak share dengan aku?"
"Aku.. terlepas cakap dekat bonda yang dalam masa sebulan aku nak bagi dia menantu"
"Macam mana kau boleh cakap macam tu? Sebulan tu kejap je weh, pejam celik pejam celik sekejap sangat"
"Tahla, tu yang aku serabut duk fikir ni. Nak cari yang main main tu ramai je tapi nak jumpa yang betul betul tu bukan mudah. Kau pun tahu kan, yang melekat dengan aku sebelum ni pun sebab duit"
"Kan aku dah bagi cadangan haritu, amik jelah si Cathryn tu. Apa yang susah sangat? Aku tengok dia okay je Ed, sesuai la untuk kai"
"Kenapa semua orang nak sangat match making aku dengan dia haa? Bonda dengan Yaya pun sama. Asyik Helena je"
"Ha dah tu? Kau nak fikir apa lagi, cuba lah grab peluang yang dah ada depan mata"
"Kau sendiri tahu sebab apa Hadif. Lagipun haritu aku nampak dia dekat mall dengan lelaki. Tah tah dia dah ada boyfriend. Gila ke nak suruh aku amik girlfriend orang"
"Kau ni cepat sangat serkap jarang, tah tah kawan dia je kut. Dah la Ed, yang lepas tu biar lah lepas. Lupakan tentang masa silam kau. Dah tiba masanya untuk kau cari Mrs Right kau. Aku nak tengok kau happy, Edriz yang happy dulu"
Tengku Edriz hanya diam tidak membalas kata kata Hadif, hanya keluhan terbit dibibirnya.
"Cakap memangla senang Dif, tapi tak semudah tu apa yang aku terpaksa hadap"
"Ye aku tahu kau yang menghadap, tapi benda tu terpulang pada diri kau. Lagi lama kau biarkan diri kau terperangkap dalam kisah silam kau, selagi tu kau tak akan bahagia. Sampai bila Ed nak seksa diri kau sendiri macam ni?"
Sekali lagi Tengku Edriz terdiam, terpukul dengan kata kata Hadif.
"Macam ni la Ed, apa kata kau cuba test Cath tu macam mana orangnya. Kau faham kan maksud aku? Dari situ kau boleh nilai sendiri, dia okay atau tak"
"Nak test bagai pulak dah, mana lah aku pandai weh"
"Kau tak pandai benda macam ni? Kau buat lawak hambar ke Edriz? Kau guna jelah skills yang kau ada sebelum ni. Skill yang kau guna untuk mencairkan hati gadis-gadis dulu. Tak payah nak acah noob sangat lah"
"Dif please lah, aku serius ni bukan main-main. Keputusan ni untuk future aku bukan untuk suka-suka. Lagipun Helena tu tak sama macam perempuan lain"
"Habistu kau tengok aku main-main ke sekarang ni, aku serius ni. See kau pun cakap dia tak sama macam perempuan lain"
"Hmm tengok lah macam mana nanti"
"Nak tengok apa lagi Ed? Lambat-lambat kena kebas nanti baru melopong. Daripada kau pilih entah siapa siapa untuk jadi isteri kau baiklah kau pilih Cath tu, bonda kau pun berkenan dengan dia kan? Ed... biasanya orang tua ni, sekali dia tengok air muka, dia dah tahu orangnya macam mana"
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...