[ 46 ]

1.1K 38 0
                                    

Sepanjang meeting tadi berlangsung, Tengku Edriz langsung tidak mampu untuk fokus. Dirinya terasa seperti diawangan.

Kepalanya bukan main mencucuk cucuk kepeningan. Badannya pula serasa sejuk panas macam nak demam. Sejak belakangan ini jugak tekaknya asyik merasa loya tak tentu pasal. Entah kenapa dengan dirinya ini sejak akhir akhir ini.

"Kau ni kenapa Ed? Dari tadi aku perasan macam lesu je. Kau tak sihat ke?" Soal Hadif prihatin setelah meeting selesai.

"Hmmm tahlah Dif, rasa macam nak demam pun ada. Kau boleh tak belikan makanan tengah hari untuk aku? Rasa macam tak larat lah nak turun"

"Apa kata kau amik cuti je Ed, kesian pulak aku tengok kau ni. Aku rasa kau jadi macam ni sebab penat sangat. Banyak benda yang kau buat dalam satu masa. Haritu kau susah payah jaga Cath sampai dia sembuh, sekarang giliran kau pulak yang sakit. Risau lah aku macam ni"

"Takpa Dif, aku okay je ni. Kejap lagi aku telan panadol elok lah ni. Aku jadi macam ni bukan sebab Helena. Tak susah pun aku jaga Helena, dia kan isteri aku, tanggungjawab aku. Kerja dekat office ni pun tanggungjawab aku jugak. Dua dua penting untuk aku jadi aku tak boleh buat main"

"Aku faham, maksud aku bulan nak salahkan Cathryn. Cuma kau pun kenalah jaga kesihatan kau. Kau masuk rest dekat bilik kau dulu, nanti kejap lagi aku belikan makanan"

Sebaik Hadif berlalu keluar dari pejabat, dia menyeluk poketnya untuk menelefon Cathryn. Rasanya dia patut memberitahu Cathryn tentang keadaan Tengku Edriz.

"Hello Cath, you dekat mana?"

"Ye Dif ada je dekat rumah, kenapa?"

"Kaki you dah okay kan? You dah boleh jalan kan?

"Dah okay, kenapa? Macam serius je ni? Ada apa apa jadi ke?"

"I rasa Ed ni macam tak sihat, I nak suruh you datang office kejap boleh ke? I bukan nak susahkan you, tapi at least you datang tengok Ed kejap. Nanti I arrange driver untuk amik you kejap lagi boleh?"

"Tak sihat? Tadi pagi okay je? Kenapa dengan Ayden? Kejap I siap siap"

"Ha'a muka dia pucat macam tak cukup rehat. Kalau pukul 2 boleh ke? Sempat tak you bersiap?"

"Okay boleh, sempat je lagi 45minit"

"Alright, I nak kena belikan Ed makanan. Nanti driver sampai I suruh dia call you"

"Belikan makanan? Tak payahlah susah susah, nanti I bawakkan untuk Ed.m dengan you sekali I bawakkan"

✨✨✨

Sebaik menerima panggilan daripada Hadif, Cathryn terus segera bersiap dan menyediakan bekalan untuk dibawa ke pejabat.

Bungkusan yang dihantar oleh grab tadi dicapai. Alat ujian upt dibuka dari bungkusan. Rasanya itu adalah satu satunya cara untuk dia membeli upt itu tanpa diketahui oleh sesiapa.

Kalau diikutkan sudah lama dia ini membuat ujian, namun baru sekarang dia berkesempatan.

Setelah masuk ke bilik air, dia terus membuat ujian.Selang beberapa minit, hatinya berdebar debar menanti keputusan. Ibu jarinya yang menutup garis perlahan lahan ditarik untuk mengetahui keputusan.

[EDITED] HANYA KERANA DIAWhere stories live. Discover now