Tengku Edriz mengeluh sendirian sambil sambil mengemaskan pakaiannya untuk berangkat ke US petang nanti. Hatinya masih resah mengenangkan Cathryn yang entah di mana berada.
"Kalau ye pun awak marahkan saya, takkan lah awak balik UK tanpa bagitahu sepatah pun dekat saya Helena. Saya tahu awak dah banyak makan hati dengan perbuatan saya tapi walau macam mana pun saya masih lagi suami awak"
Tengku Edriz menjeling sekilas iphonenya, namun tiada langsung tanda tanda Cathryn menelefonnya mahupun membalas chat.
Tombol pintu bilik Cathryn dipulas sebelum dia memasuki bilik itu. Tiba tiba dia merasa rindu yang membuak buak terhadap Cathryn. Rindunya untuk menatap seraut wajah yang polos itu.
Perlahan lahan dia bergerak ke meja solek Cathryn. Tak dapat jumpa dengan tuan badan, dapat bau perfume pun jadilah.
Tangan Tengku Edriz menarik laci meja solek Cathryn. Manalah tahu dapat menemui apa apa clue tentang keberadaan Cathryn.
Antara banyak banyak barangan Cathryn, namun ada satu fail yang menarik perhatian Tengku Edriz untuk membelek isi kandungannya. Setelah dibuka isi kandungannya semua berkait tentang Dato' Majid. Satu keping sticky note turut dilekatkan di hujung fail tersebut.
"Found out Dato' Majid jadi patnership Tengku bersebab. What should I do right now? Tengku mungkin dalam bahaya! Aku kena buat sesuatu"
"Dato Majid ada niat tak elok? Kenapa aku tak tahu pun pasal ni? Kenapa Helena perlu rahsiakan semua ni dari aku?"
Kemudian sekeping kertas yang berupa carta alir menarik perhatian Tengku Edriz. Setelah memahami apa yang dilakarkan dikertas itu Tengku Edriz seperti mendapat akal apa yang Cathryn cuba sampaikan.
"Jadi Helena kahwin dengan aku sebab dia tahu Dato' Majid ni ada muslihat yang tak baik dekat bussines aku? Kebetulan masa tu bonda dengan walid mintak dia terima aku? Jadi sebab ni ke dia setuju untuk kahwin dengan aku?"
"Damn! Kenapa awak buat semua ni Helena? Kenapa baru sekarang saya tahu semua ni? Kenapa bukan dari awal? Macam mana saya nak dapatkan penjelasan dari awak kalau saya sendiri tak tahu awak kat mana"
✨✨✨
Selama 6 hari berkampung di New York, US jadual Tengku Edriz begitu padat dengan kerja, kerja dan kerja. Dia sengaja berbuat begitu supaya dia boleh cepat cepat selesaikan semua kerjanya. Jadi dia boleh fokus untuk mencari keberadaan Cathryn.
Fikirannya semakin sarat memikirkan Cathryn setiap detik dan waktu. Rindu di hati yang semakin menggila tak usah cakaplah. Kalau business trip ini tak penting dah lama dia hantar wakil untuk tolong uruskan.
Selesai sahaja meeting sebentar tadi, Tengku Edriz bersiar siar di sekitar New York untuk menenangkan fikirannya yang gundah gulana di saat ini.
Puas bersiar tanpa hala tuju, akhirnya kakinya diatur ke sebuah cafe mewah, Little Collins untuk mendapatkan minuman.
Iphonenya direnung untuk kesekian kalinya, mengharapkan panggilan dan mesejnya dibalas oleh Cathryn. Mesej yang dihantar pada Cathryn masih lagi satu tick itu bermakna Cathryn masih lagi belum membaca mahupun membuka mesej-mesejnya.
"Mana awak sayang, please lah jawab call dengan balas chat saya"
Hot macchiato dicawan nya disisip perlahan sambil melihat pemandangan kota itu. Sedang dia melilau dia disapa oleh seseorang wanita mixed blood.
YOU ARE READING
[EDITED] HANYA KERANA DIA
RomanceKerana kematian kedua orang tuanya, Cathryn Helena nekad untuk pulang ke Malaysia demi menuntut bela dan mencari dalang kejadian. Pertemuan nya dengan Tengku Edriz Ayden, pewaris tunggal Golden Empire Holdings membuka satu demi satu rahsia yang dica...