Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Mata Dee meliar ke segenap ruang menunggu di pejabat itu.Dia melihat betapa tekunnya pekerja pekerja di situ.Komited sungguh terhadap pekerjaan mereka.
"Intan Diana binti Hadif."
Saat dia jauh mengelamun,namanya pula dipanggil.Lantas dia kembali ke alam nyata.Dia membuang pandang ke arah wanita yang segak berbaju kurung kapas dan bertudung bawal di hadapannya.
"Ye,saya."
Dee bangun membetulkan kemeja Polo cap ayam berwarna hitam yang dia pakai.Ikatan ponytail rambutnya dikemaskan.
"You datang interview kan?"
Soal wanita itu lagi.Dee mengangguk.
"Okey,sepuluh minit lagi bos I akan start interview.Then you akan proceedlah.Oh ya.Before I lupa,nama I Dahlia.You boleh panggil I Dahlia or Lia.It's up to you."
Ujar Dahlia sambil tersenyum nipis.Dee mengangguk faham.
"Okey,you duduk dulu.Nanti bila bos I dah ready.I akan panggil you."
"Okey,Cik Dahlia."
Dahlia sudah pergi berjalan meninggalkan Dee di situ.Dee segera melabuhkan punggungnya kembali ke atas sofa.
Tangannya mengeluarkan telefon jenama Samsung dari dalam poket seluar jeans jenama Levi's.Matanya khusyuk menatap skrin telefon.Aplikasi Facebook dilayari.
"Cik Intan Diana."
Panggilan itu membuatkan Dee mendongak.Dahlia sudah tercegat di hadapannya.
"Yes?"
Soal Dee sambil menayang muka innocent.
"You boleh masuk sekarang."
"Hah?Err,oo..Okey.Thank you Cik Dahlia."
Cepat cepat Dee memasukkan telefonnya ke dalam kocek seluar.Dia membetulkan baju dan rambutnya agar tampil kemas di hadapan penemuduganya.
'Dah 10 minit ke eh?Cepat betul.'
Bisik hati Dee.
'Ya Allah,permudahkan segala galanya.'
Dee menapak perlahan ke arah pejabat yang memaparkan nama Aisy Yusuf pada pintu bilik tersebut.Hatinya berbelah bagi sama ada nak ketuk atau tidak.
Lambat lambat tangannya mengetuk pintu tersebut.Dia menunggu sahutan dari dalam penuh harapan.
"Masuk!"
Arah orang dari dalam.Dee semakin berdebar debar.
'Macam manalah agaknya orang yang nak interview aku tu?Tua ke?Gatal ke?Haish!'
Sempat pula Dee berteka teki.Manakan tidak,dia langsung tak buat research pasal Syarikat Budi Emas ini.
"Assalamualaikum.."
Sapa Dee sebaik saja menolak daun pintu bilik gerangan Aisy Yusuf.Dia tidak melihat sesiapa tetapi sebaik saja mata menangkap kerusi kerja warna hitam itu menghadap ke belakang,dia tahu di situ ada orang.
Alaa,macam dalam drama tu!
"Waalaikumsalam."
Jawab gerangan itu dingin.Kerusinya dipusingkan menghadap Dee.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)