*Play this song during reading 👆*
Sayangku Mrs.Yusuf
Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku.
"Dee,Subuh ke belum?" Suara Qaisara yang mampir ke telinga membuatkan mata Dee terbuka sedikit.Sinaran dari bed lamp membuatkan matanya sedikit silau.
"Hmm,belum.Pukul berapa sekarang?"
"6.30 dah.Bangun cepat,nanti terlepas pulak Subuh," ujar Qaisara sebelum menghenyak punggung di atas katil.Dee mengeliat kecil sebelum mengikat rambutnya ala ponytail.
Zrr.
Mata Dee terarah ke telefonnya di tepi bantal.Skrin yang menyala itu ditatap lama bersama satu senyuman.
Mister Fianceè 💍💐 :
Salam,morning my sunshine⛅.Saya sampai sana dalam tengah hari nanti.
Dee senyum meleret.Pagi-pagi sudah dapat mesej manis bersemut sebegini.Aduh,cerianya hati!
Dee memejam mata sambil melekap telefon ke dadanya.Seolah-olah meletakkan Aisy rapat ke hatinya dengan senyuman menggula.
"Amboi cik kak,sengih sampai ke pinggang aih!Encik tunang mesej ke?" Usik Qaisara.Dia mengesot sedikit ke arah Dee.Senyuman Dee yang tadi meleret,kini memudar.
Malu ditangkap Qaisara!
"Erm,mana ada." Nafi Dee.Dia menggaru hidungnya sedikit.Qaisara menyenget bibir,sinis.
"Menyampah aku!Gedik eh orang nak menikah ni!"
"Qai,apa kau merepek ni?Sedap mulut betul panggil aku gedik.Biarlah tunang aku yang chat.Bukan orang lain pun," rengek Dee.
"Ee,dahlah.Geli aku dengan korang ni.Pergi solat cepat!Dah nak subuh gajah dah ni!" Qaisara menjegil mata.Berlagak garang.Dee menampar dahi kuat.
Baru Aisy hantar mesej begitu,sudah lupa nak solat.Agaknya kalau Aisy bermulut manis,mahu lupa segala-gala rutin hidupnya tak?
Haru biru betul!
Dee membersihkan dirinya lalu berwuduk.Segera dia tunaikan solat Subuh yang masih berbaki beberapa minit sebelum syuruk.Usai solat,dia menadah doa panjang kepada Yang Maha Esa.
Dimintanya agar dipermudahkan segala urusan hidupnya bersama lelaki yang dicintainya yang cuma tersisa beberapa detik lagi.
"Qai,jogging jom?" Ajak Dee usai melipat kain telekung.Qaisara yang asyik bermalas-malasan di balkoni bilik yang menghadap hamparan laut nan membiru.
"Jogging?Haish,hilang seri pengantin tu kang!" Dee mencebik.Petua tok nadak mana Qaisara cakapkan pun tak tahulah.
"Hiperbolalah kau!Takdenya jogging boleh hilang seri pengantin.Naik lagi seri tu adalah," pangkah Dee.Tudung instant berwarna hitam disarung kemas ke muka.
"Jomlah,nanti aku dah kahwin belum tentu lagi kita boleh duduk sekali.Jogging sekali macam ni." Rayu Dee.Wajahnya disebikkan sedikit.Pura-pura merajuk.
Qaisara mengeluh sedikit.Lemah betullah kalau Dee menggunakan ayat pasrah sebegitu."Yelah,kejap aku nak siap."
"Yeayy!Thank you,Qai.I love you!"
"Sis,dah siap ke belum?"
Suara lembut Camelia yang menerjah telinga membuatkan Dee kembali ke alam nyata.Matanya tersorot ke arah Camelia yang manis bergaun labuh warna hitam melalui pantulan pada cermin besar.

YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Художественная прозаROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...