Chapter 25

6.8K 251 7
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

Dee melempar pandangan ke papan pemberitahuan elektronik di hadapannya.Puas mencari namun hampa.Dia tidak melihat langsung apa yang dicarinya.Kepalanya yang tidak gatal digaru berulang kali.

Bingung.

"Kau asal?"

Sergah Aisy.Dari tadi dia lihat Dee seperti kucing mati anak.Duduk tak tahu diam.Terjengah sana terjengah sini.Lepastu bergaru macam kutu selori atas kepala.

"Err--"

Dee mati kata.Dia cuma mampu menggeleng.

"Duduk tak tahu diam.Cari apa dari tadi?Tertinggal boyfriend kau ke?"

Pancing Aisy.Sebenarnya dia curious juga sama ada Dee sudah berpunya apa belum.Buatnya sudah berpunya,terlepaslah dia.Kalau tengah kosong,boleh dia segerakan langkahnya.Tetapi,gentarlah juga jikalau dia mengiakan kata kata Aisy.

Mahu berjalan kaki aku balik Malaysia dari Abu Dhabi ni hah.Sebab patah hati.

Ahaks!

"Saya tak nampak pun flight ke KL?Ada ke?"

Akhirnya terluah jua dari bibir kecil itu.Aisy sengih lebar.Tetapi bukan di hadapan Dee.

"Adalah kat situ.Carilah pakai mata.Kalau pakai mata tak nampak--"

Kata kata Aisy terhenti.Dee menoleh memandangnya agar dia menyambung kata kata yang terhenti tadi.

"Cari pakai mata hati."

Ucap Aisy perlahan.Dee terkelu.Dia memandang Aisy lama.Entah aura apa yang ada pada Aisy membuatkan dia tidak mahu melihat yang lain.

Tiba tiba pandangannya bertaut dengan renungan Aisy.Cepat cepat dia larikan anak matanya.Tidak mahu terus tenggelam dalam renungan Aisy.

"Ermm--Bukan dengan mata,mata hati je saya dah cari.Dengan mata Encik Aisy pun dah."

Dee menjuih bibir tanda menyampah.Aisy mencebik.

Tak guna budak ni.Dia kenakan aku!

"Gapoever.Aku nak pergi tandas kejap.Tunggu sini.Jangan nak pergi mana mana--"

"Kalau saya pergi jugak?"

Sampuk Dee.

"Aku heret kau sekali masuk dalam tandas dengan aku."

Bisik Aisy yang sengaja merapatkan bibir ke telinga Dee yang berlapik tudung itu.Dee membulatkan matanya.Terus terbayang situasi itu.Di mana dia dan Aisy dalam satu tandas.Setelah itu,Aisy buka..

"Taknakk!!"

Jerit Dee sambil memejam mata.Ditekup mukanya lalu dia menunduk.Tak sanggup rasanya nak pandang wajah Aisy.

Malu!

Aisy terus ketawa terbahak bahak.Dia berjalan meninggalkan Dee yang sudah termakan dengan ugutannya.

Tawa Aisy yang semakin sayup kedengaran membuatkan Dee berani membuka mata.Dia mengangkat kepala perlahan lahan lalu menoleh ke kanan.

Aisy tiada.Dia menoleh ke kiri pula.

"Ahhhh!!"

Jerit Dee apabila ternampak figura yang tidak diundang.Figura itu turut tersentak dengan jeritan kecil Dee yang tiba tiba.Mujurlah jeritan Dee tidak menjadi tumpuan orang ramai.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now