Sayangku Mrs.Yusuf
Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku .
Kringg!Kringg!
Bunyi telefon yang berdering mematikan gerak kerja Dee.Keningnya terjongket sebelah.
"Helo,syarikat Budi Emas.Selamat pagi.Boleh saya bantu?" Dee menyapa ramah.
"Helo,selamat pagi.Boleh bantu hilangkan rindu akak pada Dee tak?"
"Akak Lia?!" jerit Dee teruja.
"Ya Allah,hahaha boleh pekak telinga akak ni Dee.Masha Allah," Dahlia tergelak kecil dengan tingkah laku Dee.Macam budak-budak.
"Dee ada kat mana ni?Kita lunch sama-sama nak?Dah lama kita tak bonding,"sambung Dahlia.
"Dee kat office lagi ni.Erm,jap.5 minutes.Dee nak kemas meja.Jumpa akak kat lobi."
Tutt.
Talian diputuskan.Segera Dee mengemas mejanya yang tidaklah terlalu berselerak.Handbag berwarna hitam di bawah mejanya terus dicapai lalu terburu-buru dia turun ke lobi.Dari jauh natanya menangkap susuk tubuh Dahlia yang manis mengenakan blouse putih dan palazzo hitam.
"Akak!" Dee terus memeluk tubuh Dahlia.
"Ya Allah Dee,rindunya akak!"
"Eee,Dee lagi rindu akaklah!"
"Okey,kalau rindu..Jom kita pergi restaurant favourite kita.Boleh kita borak-borak.,"cadang Dahlia.
Dee angguk setuju.Terus mereka pergi ke restoran nasi arab kegemaran mereka yang tidak jauh dari pejabat.Usai memesan makanan,Dee mula membuka kalam bicara.
"Kenapa lama sangat tak call Dee ni?I miss you so bad!Dahlah Dee dah takde geng nak membawang kat dalam office.Hiks,hiks."
Sengaja Dee berpura-pura membuat suara sedih.Padahal bibir mencorak senyum lebar.
"Eleh,dia dah takde geng nak membawang aje.Akak ni dah takde adik kesayangan tau tak?!"
"Alaa,gurau pun takleh.Yelah,yelah.So amacam?Marriage life?Erm,dah ada junior ke?" bertalu-talu soalan memanah Dahlia.
Kedengaran tawa besar Dahlia dari hujung talian.Sampai terbatuk-batuk dek gelak tak henti-henti.Dee mencebik geram.
"Amboi,bawang vengers sangat!Soalan tu clićhe sangatlah Cik Intan Diana.Tanyalah soalan yang menghubungkan sel-sel otak sikit!" Dahlia sengaja mengusik.Dia sudah sakit perut melihat wajah Dee yang cemberut kerana dikenakan.
"Ergh,biarlah nak clićhe ke apa ke!Jawablah akak..."
Dee sudah merengek-rengek.Dahinya sudah berkerut dan berlapis.Tanda tidak puas hati.
"Sebelum tu,akak nak tanya.Apa progress hubungan Dee dengan Aisy?"
"Akak..Apani?Orang tanya dia,dia balas tanya kat kita pula!" marah Dee.Bibirnya muncung sedepa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)