Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Ketika melalui deretan kedai di dalam pusat membeli belah itu,Dee terdengar bunyi bising.Seperti orang bergaduh.Lantas kepala ditoleh mencari bunyi itu.Kepada Camelia turut dikhabarkan.
"Camy,dengar tak apa yang sis dengar?"
Camelia mengerutkan dahi.Dia memasang telinga mendengar apa yang Dee katakan tadi.
"Engkau ni kan!Memang bodohlah!Dah tua-tua menyusahkan!"
Tengking seorang wanita yang bertudung labuh.Dee dan Camelia serentak menoleh ke belakang tempat yang berhampiran dengan escalator.Ada seorang wanita tua dan wanita bertudung labuh itu.
Baru Camelia ingin mengeluarkan suara,dia lihat di sisinya sudah kosong.Dee sudah hilang.Mengucap panjang dia apabila melihat Dee sudah ada di antara dua orang wanita tadi.
"Assalamualaikum."
Sampuk Dee tiba-tiba.Dia menangkap jelingan wanita itu.Wanita tua tadi menjawab salamnya perlahan.
"Ada apa ni?Kecoh sangat bunyinya.Suara cik ni dah boleh dengar satu mall.What's wrong?"
Tanya Dee lembut.Bahu wanita tua tadi disentuh perlahan.
"Eh,engkau ni sapa?Anak perempuan tua jalang ni ke?"
Soal wanita itu biadap.Dee menarik nafas dalam.Rasanya ingin saja dia memberi tamparan sulung pada mulut perempuan itu.Mencarut tak lepas dari bibir.
"Cik jangan nak kurang ajar ye?Dia lebih tua dari kita.Jangan pandai-pandai nak men'jalang'kan orang.Kita ni belum tentu baik!"
Naik seoktaf suara Dee.Hilang sabarnya melihat wajah perempuan itu.Kalau diikutkan hati,ingin saja dia menampar lalu ditendangnya wanita ini biar sampai ke utara Afrika.Biar tahu rasa sedar diri.
"Kau tak payah nak berlagak baiklah sial!Kau tak kena,kau tak payah nak berlagak bagus.Sekarang ni tudung mahal aku ni dah kena air perempuan tua tak sedar diri ni!Siapa yang nak ganti?!"
Tudung Dee ditarik sehingga kepalanya terdorong ke belakang.Belum sempat Dee membuat singgahan pada pipi perempuan itu,ada yang datang mencelah di antaranya dan wanita itu.
"Eh,sabar-sabar.Apa ni sampai main tarik-tarik tudung?Setakat air tumpah je kut.Yang nak kecoh-kecoh apehal?"
Camelia mula meleraikan pergaduhan yang semakin tegang.Wanita biadab tadi menjeling mereka berdua tajam.
"Kau tahu tak tudung mahal aku ni terkena air perempuan tua ni?!"
Tempik wanita itu tanpa segan silu.Mata-mata orang di situ mula tertumpu ke arah mereka berempat.Dee mula beristighfar untuk menenangkan dirinya.
"Tudung mahal?Aku rasa aku ada nampak tudung ni kat Jalan Tar je semalam.Yang dok lelong 3 helai RM10.Mahal apa kejaddahnya?"
Kutuk Camelia selamba.Gadis ini bukan boleh dibuat main.Dalam lemah lembutnya yang melebihi Dee,sekali dia tak puas hati.Jangan pernah mainlah dengan dia.Silap hari bulan bernanah telinga kena sound dengan dia.
Membulat mata wanita tadi.Dee tersenyum sinis.Senang dengan tindakam Camelia.
"Eh,korang bertiga ni memang sial kan?!Bodoh!!"
Perempuan itu terus melempar cawan air yang dipegangnya ke bawah.Dia terus pergi meninggalkan mereka.Air yang bersisa di dalam cawan itu terpercik ke arah Dee.Pantas Camelia menarik tangan perempuan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/123876701-288-k214442.jpg)
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Художественная прозаROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...