Special update sempena SMY 1 IN RANKED yesterday ❤
***
Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Qaisara yang sedang menyemak fail rekod kesihatan pesakit di front desk mendongak saat bahunya disenggol Kuza yang disebelah.Pucat muka Qaisara apabila memahami sebab Kuza menyenggolnya.
Sesusuk tubuh yang bert-shirt hitam berjenama Lawo Clothing melangkah penuh yakin ke dalam hospital.Di pucuk hidungnya tersarung rayban.
Megat Haziq.
Dia teringat pesanan Megat Othman tadi ketika dia selesai memberi ubat kepada lelaki itu.
"Nanti kalau anak uncle,Megat Haziq datang.Please bagitahu yang dia tak perlu jenguk uncle lepas balik kerja.Tell him yang uncle faham dia busy sampai balik kerja dah malam dan tak sempat nak jenguk uncle."
Lamunan Qaisara patah saat Kuza sekali menyenggol tangannya sehingga pen yang dipegang terpelanting jatuh ke bawah meja.Matanya terarah ke Kuza.
"Panggillah si Megat Haziq tu cepat.Kang dia blah pulak!"
Lambat-lambat suara Qaisara muncul.
"Err,Encik Megat!"
Langkah Haziq terhenti apabila dia rasakan ada yang memanggil.Matanya spontan terlekat pada dua orang jururawat wanita di frontdesk itu.Dia menarik sedikit rayban dari puncak hidungnya.
"Did yall called me?"
Soal Haziq dingin.Qaisara dan Kuza mengangguk.
"Yes,anything?"
Suara Haziq tidak beriak.Qaisara memandang Kuza.Menghantar pelbagai isyarat mata agar Kuza membantunya menyampaikan amanah yang satu itu.Namun,jegilan Kuza yang dia terima.
"Kalau kau dua ekor nak main-main mata,tak payahlah nak panggil aku segala!Ingat aku ni takde kerja lain ke selain dari nak tercegat macam bodoh kat sini,hah?!Dasar nurse curi tulang!"
Sembur Haziq.Terus Qaisara tersirap.Mukanya merah padam.
"Woi,cepatlah bagitahu."
Desak Kuza.Qaisara mendongak memandang Haziq.Meskipun lelaki itu memakai rayban,dia yakin sekali bahawa lelaki itu sedang merenungnya tajam.
"Encik Megat,listen here.Saya pun tak hadap nak panggil encik segala.Tapi ni pesanan dari pelanggan kami!Tuan Megat pesan yang awak ni tak perlu jenguk dia kalau awak ni balik kerja pun dah malam!Dia cakap dia faham awak busy!And yeah one more thing--"
Senafas Qaisara membidas.Dia keluar dari kawasan frontdesk dan berdiri berhadapan dengan Haziq yang berwajah bengis.Berombak dada Qaisara menahan amarah.Tidak kurang juga Haziq.
"Kami bukan curi tulang tapi,shift saya dah lama habis!Saya mereput kat sini sampai tengah malam macam ni,sebab Encik Megat!Dasar lelaki biadab!Rude!"
Qaisara terus merampas tote bagnya dari frontdesk lalu melangkah keluar dari hospital laju.Tersirap darahnya dengan perangai Haziq yang sentiasa kurang ajar.Kuza pula sudah cuak.Buat lelaki di hadapannya ini naik hantu kat dia pula.Tak ke masak dia?
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Ficção GeralROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...