Chapter 31

5.8K 230 9
                                        

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

Aisy menarik brek tangan.Lantas dia menoleh memandang Dee di sebelahnya.Sudah terlentok lena elok.Hanya gelengan menjadi respon.

"Intan.."

Panggil Aisy lembut.Kasihan pula bila melihat gadis ini asyik terlena.Dari dalam pesawat lagi dia punya tidur.Sampai dalam kereta pun masih ada episod tidurnya.

Haish,macam-macam.Nasib baik sopan aje tidur.Buatnya meleleh air liur basi,mahu berpeta kusyen kereta Honda Civic kesayangannya ini.

Dee masih tidak bangun.Asyik betul dengan lenanya.Buntu Aisy memikirkan cara untuk mengejutkan Dee.Kalau lelaki dah lama dia sergah,ini perempuan.

Aiyok!

Aisy menyentuh sedikit hujung bahu Dee lalu ditepuk sedikit kuat.Terus terjaga Dee dari tidurnya.Terkebil-kebil matanya memandang Aisy.

"Dah sampai."

Ucap Aisy mendatar.Dee angguk faham sebelum dia melucutkan tali pinggang keledar.Matanya ditenyeh bagi mengusir kantuk yang masih tersisa.

"Thanks sebab hantar sampai rumah.Erm,lock?"

Aisy yang baru tersedar terus menekan punat lock.Dee tersenyum sedikit sebelum menolak daun pintu kereta.Sebaik saja keluar,dia mengeliat kecil.Lenguh badannya asyik tidur bersandar.Baru kakinya ingin melangkah ke bonet belakang untuk mengambil beg,terus saja terbantut apabila bagasinya sudah dikeluarkan.Aisy yang menghampirinya dipandang.

"Err,thanks again."

Dee garu kepala yang tidak gatal.Segan pula dengan Aisy bila dia sudah menolongnya mengeluarkan beg segala.Sudahlah dia sudah memandu jauh dari KLIA2 sehingga ke rumahnya.Setelah itu mahu memandu pulang ke Bukit Bintang pula.

"Erm,Encik Aisy taknak masuk dulu?Minum-minum kejap?Bagi segar sikit nak drive."

Pelawa Dee ikhlas.Sejujurnya dia kasihankan Aisy.Pasti saja lelaki itu kepenatan untuk memandu pulang di tengah malam sebegini.Matanya terlekat ke arah Aisy yang sedang mengusap belakang lehernya.

"Thanks,but no thanks.Aku nak drive balik terus.Penat,nak rest kejap.Esok nak masuk office.Lagipun,kau nak ke kena cekup dengan JAIS?Berdua-duaan dalam rumah?"

Dee mengerut dahi pelik bila Aisy berkata begitu.

"Apa bendanya berdua-duaan?Kan Qai--"

Mati kata Dee apabila dia terpandang garaj kereta yang kosong.Pantas tangannya menampar dahi lembut.Macam mana nak masuk rumah ni?Kunci pun tak ada!

"Asal kau?"

Soal Aisy hairan apabila muka Dee berubah.Macam runsing saja.

"Err,sebenarnya--"

"Sebenarnya apa?"

Sergah Aisy menyebabkan Dee terkejut.Terus terkeluar jawapan dari bibirnya.

"Saya takda kunci rumah!"

"What?!"

Aisy kaget.Matanya membulat dengan jawapan Dee.Tangannya mengurut pelipis lemah.

"Macam mana kunci rumah pun takde?Ya Allah,kau ni.Careless betul!Qaisara balik pukul berapa?"

Bengang Aisy dengan Dee.Dia merehatkan tubuh pada pintu keretanya sambil memeluk tubuh.Dee sudah macam cacing kepanasan.Muka cuak habis.

"Erm,kalau kereta takde waktu macam ni means dia shift petang.So,dia balik pukul 2 pagi kut."

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang