Sayangku Mrs.Yusuf
"Just be my sweetie brat , FOREVER .."
Pisau lipat yang ada di atas meja diambil lalu dibaling mengena sasaran.Haziq ketawa berdekah dekah.Dia mengambil lagi pisau lipat lain.Dibaling lagi tepat mengena foto sasaran yang tertampal pada dinding bilik rahsia bawah tanah itu.
"Hebatlah kau!Dah dua kali.Kebal sungguh.Pakai ilmu hitam ke?"
Haziq mengambil gambar bersaiz 3R sasarannya lalu dimain mainkan dengan mata pisau.Ditoreh toreh pipi sasarannya dengan mata pisau hingga gambar itu bercalar balar.
"Kau ni memang sial kan?Dahlah nak mampus pun susah,habis semua orang sekeliling kau kena jadi galang ganti nyawa sial kau tu!"
Haziq menikam gambar yang dipegangnya.Ditikam berkali kali hingga terkulai gambar itu dalam genggamannya.
"Bos."
Perbuatan Haziq terhenti.Dia memandang si empunya suara.
"Big Black!Sampai pun kau.Mana bangsat dua ekor tu?"
Haziq senyum sinis.Big Black sekadar berdiam.Tahu apa yang bakal dibuat oleh bosnya.
"Masuk!"
Arah Big Black tegas.Sekejap saja,masuk dua orang lelaki yang sudah lebam sana sini.Barangkali dibelasah.
"Hoi bodoh!Aku suruh kau habiskan jantan sial tu.Kenapa kau bunuh betina tu?"
Haziq mencekak rambut kedua dua lelaki itu tanpa belas.Terngadah mereka dua memandang siling bilik itu.
"Mmmaa..mma..Maafkan aku bos.Aku dah serang laki tu,tapi..."
Tanpa sempat salah seorang lelaki itu membela diri,perutnya ditikam tanpa ihsan.Menggeletar tubuh lelaki itu.Mengalir deras cecair likat merah daripada perut lelaki itu.
Kawannya di sebelah sudah bersedia.Sudah tahu bagaimana nasibnya.Sangkanya Haziq akan menghentikan perbuatannya di situ,tetapi tidak.Haziq menikam berkali kali tubuh lelaki itu seperti menikam boneka.Akhirnya tubuh lelaki itu jatuh tersungkur di atas lantai.
"Kau?Ada apa apa yang nak cakap untuk bela diri kau sebelum kau menyusul kawan sial kau tu kat neraka?"
Haziq memainkan mata pisau pada sekeliling wajah lelaki yang tinggal itu.Dia dapat lihat wajah itu pucat lesi menunggu masa nyawanya diambil.
Kesian.Ada rupa paras,tapi terlibat dengan kerja kerja haram ni.Tetapi,apakan daya,wang memang membutakan mata manusia.
"Bbbos..Tolong jangan bagitau mak aku yang aku kerja dengan kau.Aku taknak dia malu dan menyesal ada anak macam aku.."
Ujar lelaki itu.Air matanya mengalir tanpa dipinta.
Haziq bagai terpanah.Dia tersentuh.Matanya mula panas.
Terus dia menikam lelaki itu tanpa belas.Ditikam lebih teruk berbanding kawannya yang tadi.Akhirnya lelaki tadi jatuh terkulai dalam pangkuan Haziq.
Tanpa Haziq dapat kawal,empangan air matanya pecah.Dia terkenangkan arwah ibunya.Dia terkenangkan kata kata terakhir lelaki ini.

YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...