Cakk ! Ada lagi 😝 . Hehe ni sempena I terlalu happy sebab semalam . So nak rai kejayaan I dengan double update SMY 🎉 . Suka takk ?***
Sayangku Mrs Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Pagi itu,Dee sudah kembali ke rutin hariannya.Dia sudah siap mengenakan uniformnya.Namun hari ini lebih segak kerana dia mengenakan tudung satin hitam yang dipinkan menutup dada.
Lama pandangannya tumpah pada pantulan imej yang terbentuk pada cermin di hadapannya.Bibirnya perlahan lahan mengoyak senyuman.
Ya Allah,terima kasih kerana masih bagi aku peluang untuk berubah.Aku bersyukur Ya Allah..Kerana Kau tak ambil nyawaku di saat aku dalam kekufuran.
Mutiara jernih berlinangan di pipi bersih Dee.Pantas diseka apabila pintu biliknya diketuk.
"Dee,kau bersiap nak pergi mana ni?Jangan cakap kau nak--"
Qaisara terus duduk berhadapan dengan Dee.Matanya tajam merenung Dee yang tersenyum polos.
"Aku nak pergi kerjalah."
Dee memandang Qaisara yang sudah siap dengan uniform biru jururawat.Dia duduk menghenyak punggung di sebelah Qaisara.
"Kau kan dok MC lagi..Dah kenapa nak pergi kerja?Encik Aisy handsome tu pun tak suruh kau pergi kerjalah."
Terus terbuntang mata Dee mendengar gelaran buat Aisy.Handsome?Ohemji!
"Apadia?Encik Aisy handsome?Amboi!Kemain kau eh!Bos aku tu!"
Marah Dee.
"Eleh.Bos aje.Bukan laki kau pun!Werk!"
Qaisara menjelir.Huish,melampau tho!
Takpe,sekarang bos aku.Esok esok laki aku!Opss.
"Lol!"
Dee pura pura tidak kisah.Lantaklah!Memang bukan laki aku pun!
"Qai,tolong hantar aku pergi office please?Pak Omar tak datang sebab Encik Aisy tak bagitau dia aku masuk office harini.Boleh eh?"
Dee tayang muka comel.Mata dikelip kelipkan.Acahnya!
"Hmm,ye lah.Aku pun tak harap nak biar kau nak motor pergi office.Kau bukannya sihat sangat.Hmm,dahlah jom brekpes lepastu gerak.Aku masuk shift pukul 9 ni."
Ajak Qaisara.Mereka berdua berjalan beriringan ke dapur.Segera mereka berdua bersarapan sebelum bergerak keluar ke tempat kerja.
Qaisara memberhentikan keretanya di hadapan bangunan Syarikat Budi Emas.Dee pantas melucutkan seat belt yang dipakai.
"Thanks babe.Nanti balik,aku ambik Uber atau Pak Omar hantar tau.Drive safe.Assalamualaikum."
Mereka melagakan pipi masing masing.Sebelum keluar,Dee sempat membaiki awning tudungnya.
Outfit goes number one in my rules.
Teringat kata kata itu buat dia sentiasa mengutamakan penampilannya.He brings me good vibes!
Kaki Dee terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu lalu pejabat Aisy terus dituju.Lantas dia menyapa Dahlia.
"Assalamualaikum,Kak Lia."
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
Художественная прозаROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...