Sayangku Mrs.Yusuf
"Just be my sweetie brat , FOREVER .."
________________________________________
Seorang lelaki datang menghampiri Aisy dari belakang dengan pisau lipat.Dee segera berlari dan menghayunkan kakinya kepada batang tubuh yang memakai mask hitam bercorakkan tengkorak.Tangannya laju menghayunkan buku lima ke arah lelaki itu.Pisau lipat yang diacukan ke arah Aisy tadi sudah jatuh ke mana hala.
Aisy terpempan.Dalam hati,dia tidak henti henti beristighfar.
Dee terus menghayunkan buku limanya ke wajah lelaki itu.Dia mahu membuka mask lelaki itu.Dia mahu lihat pelakunya.
Tiba tiba perut Dee disepak kuat lelaki tadi.Entah silapnya di mana,Dee terkalih ke belakang dan terdorong ke belakang lalu ..
"Intan!!"
Jeritan Aisy bergema.Dua orang lelaki tadi sudah cabut lari.Yang kini tinggal hanya dia dan Dee.
Cecair likat merah terus mengalir dari perut Dee.Aisy panik.Pisau yang terhunus ke dalam perut Dee tidak dicabut.Tangannya mengalaskan leher Dee.
"Intan,kau kena kuat.Tahan kejap.Aku call ambulans."
Aisy mengeluarkan telefon dari poket tuksedonya.Nafas Dee semakin tidak teratur.Tersekat sekat seperti nyawanya mahu ditarik.Tangan Dee menekup bahagian perutnya yang ditikam.
Dia tak tahu bagaimana nak kuat.Dia sudah tidak mampu.
"Encik Aisy,maafkan salah silap saya.Terima kasih sebab izinkan saya jalankan tugas saya.Sampaikan maaf saya pada mama saya dan semua orang.Saya..Saya dah tak kuat.."
Dee mengatup matanya sedikit.Dia sudah penat.Dalam hatinya,dia merintih.
'Ya Allah,andai ini yang terakhir buatku.Ampunkan aku kerana aku tak jalankan tugasku sebagai muslim yang sejati.Ampunkanku,Ya Allah.Mama,maafkan Dee.Dee tak tunaikan hajat mama..Dee tak sempat bertudung..'
"Intan,kau kena kuat.Sabar.Ambulans akan datang tak lama lagi."
Aisy menahan air matanya dari mengalir.Ya Allah,aku tak kuat lihat Intan begini..
"Ikut aku,Intan.Lailahaillallah..."
"La...ilahaillallah.."
"Muhammadu rasulullah.."
"Muhammadu...rasulullah.."
Tersekat sekat suara Dee menutur kalimah itu.
"Fi Hifzillah Encik Aisy.Percayalah,semuanya akan baik baik saja."
Selepas itu,mata Dee terpejam rapat.Aisy menjerit.
"Intan!Jangan tinggalkan aku!!"
Aisy terus menggoncang tubuh Dee.Air matanya jatuh bercucuran.
Tiba tiba kedengaran bunyi siren ambulans menghampiri mereka berdua.Jasad Dee diusung ke atas katil lalu ditolak masuk ke ambulans.Aisy mengikut Dee naik ke ambulans.
"Effy,tolong drive kereta aku balik.Aku ada emergency ni."
Talian diputuskan.Mujur Effy ada kunci pendua keretanya.Kalau tidak,susahlah dia nak ambil kereta semula.
Intan,tolonglah jangan tinggalkan aku.Ya Allah,jangan Kau ambil nyawa Intan..
Aisy tidak henti henti mundar mandir dari tadi.Pintu operation theatre dipandang kosong.Hatinya tak henti henti berdoa pada Allah agar Dee selamat.
![](https://img.wattpad.com/cover/123876701-288-k214442.jpg)
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...