Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Aisy melangkah lemah turun dari hotel.Dia menapak ke Masjidil Haram untuk menunaikan solat subuh.
Usai selesai menunaikan solat,dia berwirid panjang.Tika itu,jelmaan mainan tidurnya semalam muncul menganggu fikirannya.
'Ya Allah,apakah maksudnya mimpi semalam?Bantulah aku..'
Lama lama Aisy mengakhirkan wiridnya.Dia menadah tangan memanjatkan doa di hadapan Kaabah.
"Bismillahirahmanirrahim..Ya Allah,ampunkan dosa dosa laluku.Ampunkan dosa semua umat Islam,Ya Allah.
Kau kurniakan hidayah buat kami..Ya Allah,sesungguhnya jiwa ini sungguh kosong.Saat aku benar benar leka dan alpa dengan urusan dunia.
Ya Allah,serendah rendah hati.Aku memohon agar Kau hadirkan seorang bidadari yang selayaknya buat aku.Biar kami hidup untuk saling melengkapi.Biar kami hidup untuk menuju redhoMu.
Hadirkan si dia yang mampu membahagiakanku di samping aku cuba untuk membimbingnya agar kami bertemu lagi di SyurgaMu..."
Rintih Aisy perlahan.Air matanya gugur perlahan.
"Ya Allah,adakah mimpi semalam menjadi tanda bahawa Kau telah temukan aku dengan bidadariku?
Ya Allah,andai benar dia milikku,tunjukkanlah kebenaran.Di hadapan Kaabah yang maha suci ini..Temukan dia denganku.."
Doa Aisy aminkan.Muka diraup perlahan.Aisy menoleh ke sisi knya.Tika itu,pandangan dua insan saling bertaut.
Terasa ada perasaan aneh yang menyelinap masuk ke dalam hati ini.Aisy rasakan debaran yang menggila.Lantas tangannya dibawa memegang dadanya.Degupan jantungnya jadi tidak menentu.
"Aisy."
Sapa Johan,staf yang membantunya.Terus dia tersedar dari tautan mata itu,lalu dia melarikan matanya dari terus memandang si dia.Lantas dia memandang Johan terpinga pinga.
"Err,ah kenapa?"
Soal Aisy lambat lambat.Johan mengukir senyum.
"Kau apehal tho?Nampak bidadari syurga lalu ke apa?"
Bukk!
Rasa macam ada penumbuk yang singgah pada pipi Aisy.Merah padam mukanya menahan malu.Tambah pula Johan sudah mengekek ketawakan dia.
"Ada yang makan buku lima aku ni karang!"
Gertak Aisy.Serta merta terhenti ketawa Johan.Gerun juga dengan Aisy ni.Bukan dia kira,kalau dah singgah tangan kekarnya pada muka yang flawless tambah tampan add on menggoda ni,mau beruk tengok pun muntah.Hmm.
"Haha,ampun bos."
Ujar Johan sambil ketawa kecil yang masih bersisa.Bahu Aisy ditepuk perlahan.
"Ampun,ampun.Pergi minta ampun dengan Allah sana!"
Marah Aisy.Johan menarik muka empat belas.
"Amboi,garangnya.Datang bulan ke apa ni bos?"
Membulat mata Aisy mendengar soalan Johan.Giginya diketap geram.Lantas dia menghadiahkan buku lima pada bahu Johan.
"Aduh,Ya Allah.Sakitnya.."
Adu Johan.Aisy mencebik geram.
"Acahlah kau,Jo!Aku hempuk kau kang!Ni,kau apehal datang jumpa aku kat sini?Nak solat pun tak senang."
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)