Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Dee mencapai sling bagnya bersama heel 6 inci kegemarannya berwarna hitam metalik lalu dijinjit ke luar bilik.Tidak lupa dia juga telah meninggalkan pesanan kepada Aisy.
Encik Aisy 💕 :
Salam bos.Ada lagi sejam lebih before 9.So,saya nak pergi ambik angin kat luar jap.Jumpa kat lobby.Bye❤. √√
Telefonnya dimasukkan ke dalam poket seluar denimnya.Hari ini Dee mengenakan pakaian santai.Dia memilih seluar denim biru yang dipadankan dengan blaus putih bercorakkan bunga patch.Dia memilih bawal pucci berwarna purple pada hari itu.
Setelah selesai mengunci bilik,heel yang dijinjit tadi disarung pada kakinya yang sudah siap berstokin.Dia mengemaskan pakaiannya sebelum berjalan ke pantai.
Sampai saja di pantai,tangan Dee tidak henti henti merakam keindahan pantai di Abu Dhabi.Sesekali dia berselfie dengan pelbagai gaya.Sempat juga dia upload ke Insta Story.
Apabila berjalan di pantai,Dee membuka heelnya dan berjalan dengan stokin yang dipakai.Sungguh indah ciptaanMu,Tuhan.
"Ahhh,cantiknya!"
Jerit Dee perlahan sambil melebarkan sengihannya.Tangannya didepakan.Feeling-feeling Dilwale kejap.
"Duniya bhulake tumse mila hun
Nikli hai dilse ye duaa
Rang de tu mohe gerua
Ranjhe ki dil se hai duaa
Rang de tu mohe gerua."
Bait bait lagu Gerua dinyanyikan bibir kecil Dee.Sengaja dia menyepak pasir pasir pantai itu.Hatinya berlagu riang.Tanpa dia sedar,ada sepasang mata yang memerhatinya sambil tersenyum senget.
"Haan nikli hai dil se ye dua
Ho rang de to mohe gerua."
Sambut satu suara garau.Dee terkelu.Lantas kepalanya didongakkan.
"En-encik Aisy?"
Tergagap gagap Dee menutur.Wajahnya terasa bagai disimbah minyak panas.Berpijar pipinya kini.
Ketawa kecil yang terbit dari bibir merah merekah itu turut membuatkan Dee menjadi semakin malu.Dia menunduk memandang kakinya.
"Sedap suara.Nice voice."
Pujian Aisy buat Dee rasa macam nak menyorok dalam laut.Menggeletar lutut Dee apabila melihat senyuman pada raut wajah kacak Aisy.
"Bb-buat apa kat sini?"
Soal Dee bodoh.
"Jalan-jalan cari jodoh.And I guess,I've found it."
Usik Aisy.Dee terus mendongak dan menjegil kepada Aisy.Gatalnya!
"Eee,sweet talker!Gelilah!"
Dee menjuih bibir.Malunya sudah dibiarkan berkubur di dalam laut.Marah pula yang meluap dalam dirinya.
"Alah,gatal dengan kau je."
Bisik Aisy rapat ke telinga Dee buat gadis itu berundur ke belakang.Mujur tidak terlajak,kalau tidak kuyup dek tenggelam dalam laut.
"Encik Aisyyyy!"
Laung Dee apabila menyedari dia sudah termasuk ke dalam air laut.Basah stokinnya.Riak wajahnya sudah mencuka.Aisy pula sibuk menahan tawa.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)