Sayangku Mrs.Yusuf
Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku .
"Buka!"
Tengking Haziq.Terhenjut juga bahu Qaisara.Namun dia berpura-pura seperti tiada apa-apa.Tangannya mencapai telefon di tempat letak gear lalu lagu FRIENDS dimainkan.
Entah bagaimana,kalih-kalih saja Qaisara melihat Haziq sudah membuka lock keretanya menggunakan kunci di sebelah pintu penumpang.Membulat matanya melihat Haziq yang menutup pintu kuat.Bagai nak tercabut pintu kereta kesayangannya ini.
"What are you doing here?Get lost!"
Jerit Qaisara.Takut juga dia jikalau diapa-apakan.Namun lain bagi Haziq,dia ketawa berdekah dengan penuh kesinisan.
"Suka hati aku!"
"Eh,kau dapat mana hah kunci kereta aku ni?Kau ni apadia hah?Penjahat,perompak?"
Marah Qaisara.Suaranya lantang.Dia pun sudah hampir kelemasan.Tidak cukup oksigen.Tambahan pula wangian seksi dari tubuh Haziq menyesakkan dadanya.Dia akui,Haziq nampak sungguh tampan dengan persalinan sut hitam dan putih itu.
Ada jugalah ciri-ciri suami idaman.
"Kau lupa ke,aku kan K.E.T.U.A G.E.N.G.S.T.E.R!So setakat nak masuk dalam kereta kau ni,my cup of tea."
Sinis Haziq menjawab.Spontan,pucat lesi wajah Qaisara.Kalau sebelum ini dia melawan,tapi sekarang dia rasa macam tak cukup oksigen apabila Haziq menyebut perkataan ketua gengster.
"Kau...Tak bergurau kan?"
Balas Qaisara takut-takut.Jelas itu mengundang ketawa besar Haziq.
"Kau ada nampak aku bergurau ke?"
Jawapan Haziq membuatkan Qaisara terus keluar dari kereta terkocoh-kocoh.Kerana terlalu panik,dia terus menjerit meminta tolong.Apapun,dia tidak mahu mati dalam tangan lelaki jengkel ini!
"Tolong!Tolong!Ada perogol!"
Haziq yang cemas dengan tindakan drastik Qaisara terus meloloskan diri dari perut kereta gadis itu lalu menekup mulut gadis itu.Semakin galak Qaisara meronta-ronta.
Terus Haziq mengendong tubuh kecil itu lalu dibawa masuk ke dalam keretanya.Terdiam terus Qaisara.Kemudian dia mula sedar apa yang lelaki asing itu cuba lakukan kepada dia apabila pintu kereta sudah ditutup.
"Tolong!Tolong!Woi lepaskanlah ak-"
Mulut Qaisara terus ditekup Haziq.Qaisara bukan berhenti menjerit malahan lebih kuat sehingga dia menggigit tapak tangan Haziq.
"Auch!Sakitlah bod-"
Haziq terhenti.Rasanya tak sampai hati dia nak mengeluarkan perkataan kesat itu kepada gadis yang langsung tidak dia kenali ini.Gadis ini juga yang buatkan dia jadi tak keruan setelah dua pertemuan lalu.
"Kau nak apa hah?!Kau nak culik aku ke?!"
Marah Qaisara dengan suara naik seoktaf.Matanya tajam memaku pandangan Haziq.
Dia,si lelaki aneh yang langsung tidak dia kenali.Cuma nama menjadi teman selama ini.
Megat Haziq.
"Stop that bullshit girl.Aku takkan culik perempuan mulut Ayam Berak Cirit macam kau ni tau tak!"
Sangkal Haziq.Kakinya menekan pedal minyak meninggalkan kereta Qaisara yang tersadai.Qaisara mengetap bibir.Meluap-luap rasa marah dalam hatinya kini kepada Haziq.
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)