Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
"Hai,Intan."
Sapa Aisy riang.Rindu yang bertamu dalam hati serta merta hilang saat dia terpandang wajah Dee.2 minggu mereka berpisah.
Hati mana tak rindu,kan?
Namun,sapaannya tidak disambut.Malahan dibiar berlalu sepi.Aisy menjongketkan kening.Wajah polos Dee dipandang.
"Intan,did you hear me?"
Soal Aisy.Suaranya dikuatkan sedikit.Nampak gayanya Dee sedang mengelamun.Apa ajelah yang dia fikirkan.
Tentang aku?
Bisik hati Aisy nakal.
"Darling.."
Panggil Aisy meleret.
Tiba tiba Dee tersedar dari lamunannya.Terasa seperti ada yang memanggil.Lantas dia menoleh ke kanannya.
Hampir saja bibirnya mengena pipi putih Aisy.Begitu rapat jarak mereka sehingga dia terdengar helaan nafas Aisy.Cepat cepat dia alihkan wajahnya.Jantungnya sudah berdegup tidak tentu arah.
Melihatkan wajah kaget Dee yang pucat itu,terhambur ketawa yang ditahannya sejak tadi.Dia tahu Dee malu.Dia juga.Jantungnya bagai mahu terlucut saat bibir Dee hampir saja mendarat pada pipinya.
"En--Encik Aisy nak ap--apa?"
Allah.Gagaplah pulak.
Kutuk hati Aisy.
"Nak kau.Boleh?"
Terbuntang mata Dee mendengar kata kata Aisy.Terus merah padam wajahnya.
"Nak kau jadi isteri aku.Kau sudi?"
Tanpa sempat Dee bercakap,Aisy memotong percakapannya terlebih dahulu.Kali ini,dia jadi lebih kaku.
"Hahaha,aku gurau je.Dah tak payah nak tayang muka macam nampak itik bermisai.Ingat lawa ke?Badak tengok pun sawanlah!"
Dee ketap bibir.Tiba tiba saja dia rasa seperti jauh hati dengan Aisy.Jelingan maut dihantar pada Aisy.
"Maaflah,lawak Encik Aisy tak boleh pergi jauh pun.Lawak taraf budak budak acah hot kat insta je.Atau kasar sikit,nakkan publisiti murahan."
Sindir Dee.Berasap satu badannya dengan perangai Aisy ni.Dijelingnya Aisy geram.
"Alah,tu pun aku gurau jugak."
Suara Aisy tiba tiba dengan senyum manis.Dee telan liur kelat.
"Hah?"
"Nah,just forget it.Hmm,yeah cepatlah.Flight kita dah kena announce tu.Kang tak pasal pasal terlepas flight pulak."
Bebel Aisy.
Tiba tiba saja mamat ni,heh!
ANDA SEDANG MEMBACA
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...
![Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]](https://img.wattpad.com/cover/123876701-64-k214442.jpg)