Chapter 47

4.7K 211 29
                                        

Sayangku Mrs.Yusuf ,
Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku .

Dee menaikkan volume Ipodnya apabila lagu New Rules berkumandang.Headphone yang dipakai dibetulkan segera sebelum Ipod itu disimpan ke dalam poket sweater hitamnya.Kelajuan langkahnya kian ditingkatkan.

"One,don't pick up the phone,
You know he's only calling cause he's drunk and alone.
Two,don't let him in,
You have to kick him out again.
Three-"

"Uwekk,uwekk."

Terhenti lagu di bibirnya serentak dengan langkahnya.Rasanya dia tidak silap dengar.Ada bunyi-

Tangisan bayi.

Lantas lagu yang dimainkan melalui Ipod,dimatikan.Segera dia toleh ke belakangnya.

Kosong.Tiada orang pun.

"Uwek,uwek."

Dee terus terkalih ke arah kirinya.Spontan,matanya membulat.Dia rasa rahangnya kini sudah mencecah ke jalan tar.

"Ya Allah,baby sapa ni?"

Dee meluru ke arah bayi yang cuma berbalut dengan kain batik semata-mata.Air mata Dee sudah banjir.

"Baby..Siapalah yang tak guna ni buat baby macam ni?"

Dee mengendong bayi itu lalu dahinya dikucup perlahan.Bayi itu masih berdarah dan bertali pusat.Ini bererti,bayi ini baru dilahirkan.

"Cik.."

Dee mendongak memandang suara yang menyapanya.Seorang lelaki dalam lingkungan 60-an.Ada bersamanya botol susu.

"Anak cik ke?"

Soalan lelaki itu dijawab dengan gelengan lemah.Dee melihat melalui ekor matanya,lelaki itu sedang merapatinya dan bayi malang itu.

"Pakcik ni baby siapa?"

Terketar-ketar bibir Dee menyoal.Lelaki tua itu menggeleng lemah.

"Pakcik jumpa bayi ni dekat sini tadi masa pakcik nak siram pokok.Anak ni siapa pula?Macam mana boleh ada kat sini?"

"Saya,Dee.Saya tengah jogging.Tiba-tiba dengar ada baby nangis.Pakcik nama siapa?Ni rumah pakcik ke?"

Soal Dee sambil menyuapkan susu ke dalam bibir mungil si kecil.

"Nak panggil pakcik,Wak sajalah.Wak ni pemandu kat rumah ni.Ni rumah Tengku Sharif."

Dee terdiam sejenak.

Tengku Sharif?Takkanlah-

Ah,bukan kut.Kebetulan saja ni.

"Wak nak ke baby ni?"

Dee memandang dalam mata orang tua itu.Jauh di dalam hatinya dia mohon agar Wak tidak mahukan bayi ini.Kalau boleh dia mahu membesarkan si kecil comel ini.

"Macam mana nak cakap ye,nak?Wak ni bekerja dengan Pak Engku.Siapa yang nak menjaganya?Isteri Wak ada di Jawa Barat.Mustahillah Wak nak menjaga bayi ni.Apa kata,anak saja jagakan bayi ni?"

Terus terlakar senyum manis di bibir Dee.Dia mengangguk laju.Bersetuju dengan cadangan Wak.

"Dee akan jaga baby ni sebaik mungkin.Dee rasa Allah dah hantar kita berdua untuk melindungi baby ni.Erm,wak.Dee nak mintak tolong."

"Tolong apa,nak?"

"Tolong rahsiakan tentang baby ni dari pengetahuan semua orang."


Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang