*play this audio while reading this chapter*
Sayangku Mrs Yusuf
Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku ..
Resort's ballroom.
"Aku terima nikahnya Intan Diana binti Hadif dengan mas kahwinnya RM2460 dengan seberangkat alat solat tunai."
"Sah!"
"Sah!"
"Sah!"
"Alhamdulilah."
Air mata Dee meleleh perlahan.Kepalanya dilentokkan ke bahu Akma.Tangan ditadahkan,memunajatkan doa memohon keberkatan untuk perkahwinan ini.
“ Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekelian alam. Rahmat Allah serta sejahteranya ke atas semulia Rasul utusan dan ke atas kaum keluarganya serta seluruh sahabat-sahabatnya. Barang diberkati Allah bagi kamu kedua pengantin dan diberkati kerja-kerja kamu jua, serta dihimpunkan di antara kamu didalam segala kebajikan. Ya Allah wahai tuhan kami ! tanamkanlah sifat berjinak-jinak dan mahabbah (kasih sayang) antara kedua pengantin ini dan tunjukilah mereka jalan taqwa dan jalan yang benar dan lanjutkanlah usia keduanya dalam kemewahan, kesejahteraan dan ketenangan jiwa dan himpunkan keduanya atas kesefahaman dan kasih sayang yang berkekalan dan jadikan kedua-duanya dari golongan orang yang diredhai dan terpelihara maruahnya.
Jadikan mereka dari orang-orang yang menyambut nikmat Mu dengan syukur dan menyambut percubaan bala’ dengan sabar belaka. Dan anugerahkan keduanya zuriat yang soleh daripada jenis lelaki dan perempuan hingga dapatlah keduanya memandang anak cucunya itu sekelian.
Ya Allah wahai tuhan kami ! Limpahi apalah kiranya akan nikmat Mu atas keduanya dan mewahkan rezeki keduanya dan peliharakan keduanya daripada segala tipudaya serta jauhkanlah keduanya daripada perangai yang jahat dan sempurnakan bagi keduanya segala cita-cita dan pengharapan serta elokkan kesudahan hal keduanya. Ya Allah wahai tuhan kami ! Dengan limpah ihsan Mu maka perkenankanlah akan permohonan kami ini.
Rahmat dan sejahtera ke atas penghulu kami Saidina Muhammad s.a.w dan kaum keluarganya serta sahabat-sahabatnya sekelian dan segala puji bagi Allahyang memiliki sekelian alam ini.” Doa diaminkan penuh syahdu.Dee menyeka air mata yang meleleh di pipi.Hatinya sebak mendengar bait doa yang diucapkan.Semoga segalanya berjalan lancar selepas ini.
Aisy menangkap iris yang bertakung air mata itu lama.Senyuman manis melekuk di bibirnya ketika dia kembali menoleh memandang Kassim selaku wali untuk Dee.Majlis akad nikah diteruskan dengan proses lafaz taklik oleh Aisy.
"Manakala saya tinggalkan isteri saya Intan Diana binti Hadif selama empat (4) bulan (hijrah berturut-turut) atau lebih, dengan sengaja atau paksa, dan saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama masa tersebut, padahal ia taatkan saya, atau saya lakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, atau kehormatannya, atau harta bendanya, kemudian ia atau wakilnya mengadu kepada mahkamah, dan manakala sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah, dan ia atau wakilnya memberi kepada mahkamah bagi pihak saya RM1.00, maka pada ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk, atau saya ghaib daripada isteri saya yang tersebut selama setahun atau lebih, jika ia atau wakilnya mengadu kepada mahkamah dengan berkata ia tidak tertunggu lagi akan saya, dan manakala sabit aduannya, maka tertalaklah satu talak. Demikianlah lafaz taklik saya." Lafaz Aisy tenang.Meskipun lafaz itu tertera pada teks,namun Aisy tetap sebu melafaz ikrar.Berjanji setia terhadap isterinya agar dilindungi dan dikasihi bidadari itu.Air matanya bertakung di tubir mata,menyedari tanggungjawabnya untuk menjaga insan yang baru saja bergelar isteri.
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...