Chapter 9

8.1K 322 15
                                        

Sayangku Mrs.Yusuf

"Just be my sweetie brat , FOREVER .."

________________________________________


Sesaat.Dua saat.Tiga saat

Aisy membuka matanya.Dia terlihat sekujur tubuh terbaring di hadapan matanya.Darah berlumuran keluar dari mulut dan kepalanya.

Tiba tiba si pelanggar keluar dengan bertopeng hitam lalu mendekati si penyelamat.Pisau lipat yang tersimpan pada pinggang individu bertopeng itu dikeluarkan lalu singgah pada perut si penyelamat.

Aisy terkaku.

Menggeletar tubuh si penyelamat.Individu bertopeng itu masuk semula ke dalam kereta lalu beredar meninggalkan si penyelamat.Barangkali dia tidak nampak Aisy yang tersungkur di bahu jalan.

Barangkali dia tidak nampak Aisy yang tersungkur di bahu jalan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Aisy Yusuf .

Aisy buru buru menghampiri si penyelamat.Saat itu,matanya seperti mahu luruh.Jantungnya bagai terhenti mengepam.Aisy lemah.

"Huz...Huzaif.."

"Bba..Bangunn..."

Aisy menggoncang tubuh Huzaif.Empangan air mata pecah tanpa dikawal.Setitis demi setitis tumpah pada muka Huzaif.

Mata Huzaif sudah terkatup rapat.Darah mengalir tanpa henti dari tempat yang ditikam.

"Huz..Maafkan aku..Aku....Ahhh!!!"

Aisy menjerit penuh amarah.Dia benci dengan dirinya.Dia lemah!Dia tak mampu selamatkan Huzaif.

Pergelangan tangan kiri Huzaif diraba.Kosong.

Huzaif sudah tiada.

Ya Allah..

Dia terus lemah melihat tubuh Huzaif yang sudah tidak bernyawa.Jeritannya memanggil orang orang yang berhampiran agar membantunya.

Tidak lama kemudian,ambulans tiba dan membawa Huzaif ke hospital.Pihak polis dan ahli forensik juga telah memenuhi lokasi kejadian.Aisy mengikut Huzaif ke hospital.

Sampai saja di hospital,Huzaif terus dibawa oleh pegawai perubatan.Ke mana itu Aisy tidak pasti.Aisy terus ke tandas lalu mencuci tangannya yang berlumuran darah.

Kemudian,dia mendail nombor Dahlia.Dia mahu mengabarkan berita buruk itu pada Dahlia.

Tutt.Tutt.Tutt.

"The number you have dialled cannot be reached at this moment.Please try again later."

Aisy mematikan talian.Dia mencuba sekali lagi.Tetapi,masih sama.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang