Chapter 39

4.7K 206 3
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Just be my sweetie brat , FOREVER ..

"Haziq?"

Aisy dan Daus saling berpandangan sebelum mengangguk.Dee sekali lagi terkejut dengan khabar yang dia terima.

"I thought you knew about this,Intan.Kau tahu kan Haziq ada di Dubai masa kita kat sana?"

Dee terdiam membisu.Dia takut untuk jujur.Bimbang ketahuan mencuri dengar perbualan Aisy tempoh hari.Lagipun peristiwa itu sudah dua bulan berlalu.Daus pun sudah pulang ke Abu Dhabi dan kini dia muncul semula bersama khabar ini.

"Jujur je.Aku tak terniat pun nak marah kau.Cuma aku takut kau masih trauma.That's all."

Pujukan Aisy meyakinkan Dee.Dia angguk lemah.Aisy kuntum senyum kecil.

"Aku nak pesan pada kau,please be aware.He's everywhere and anytime.Aku taknak kau masuk jerat dia.He's cunning and he will do everything as long as he gets me."

Lembut namun tegas sekali nada suara Aisy.Dee diam mengetap bibir.Kini dia jadi takut.Takut jika Aisy diapa-apakan.Dia bukan Tuhan yang mampu menjamin keselamatan Aisy selalu.

"As you have seen,saya tak rasa Haziq mata-matakan bos dengan budak-budak dia je.But,it looks like..Someone close to you,ada kaitan dengan dia."

Kata-kata Daus buatkan Dee terpana.Aisy juga terkejut namun riaknya dikawal sebaik mungkin.Aisy berdehem perlahan.

"Cari siapa yang terlibat dengan Haziq.Aku akan pastikan dia menyesal dengan tindakan dia."

Aisy bersuara keras.

"Intan,aku taknak kau risau.Haziq memang ada dekat dengan kita,tapi percayakan aku.Percayakan Daus.Kami ada untuk jaga kau.Dan--percayakan Allah.Dia sentiasa ada untuk selamatkan kau dari malapetaka."

Ucap Aisy perlahan.Hanya anggukan lemah Dee berikan.Dia tidak terdaya lagi.Takut dan fobia bersatu.

Ya Allah,lindungi aku dan Encik Aisy.


Bella menggayakan pelbagai pose demi melunaskan tuntutan kerjayanya.Lampu-lampu flash bertebaran di dalam ruang studio yang tidak seberapa luas.

"It's a wrap!"

Suara si produser sudah kedengaran.Bella berhenti menggayakan posenya.Terkocoh-kocoh jurumekap datang mendapatkan Bella.Dilapnya wajah si model ternama itu yang sudah merenek peluh di dahi.

Tiba-tiba Bella berasa kepalanya seperti berpusing.Tangannya naik mengurut kepala.

"Bella,are you okay?I think you don't right?"

Soal Tifanca,jurumekap utama produksi itu.Bella geleng lemah.Terus tubuh bercutting Bella dipapah ke sofa.Air mineral disuakan ke bibir wanita itu.Perut Bella terasa sebu.Isi perutnya meronta-ronta ingin keluar.

"Uwekk!"

Isi perut Bella terus keluar membasahi dress merah cili yang melekat di tubuhnya.Tifanca segera mengurut belakang Bella.Dia turut terkena muntah Bella,namun itu tidak dihiraukan.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now