Chapter 46

4.9K 248 7
                                    

Sayangku Mrs.Yusuf

Kamu dikirim Tuhan untuk melengkapi aku .

"Lia dah siap ke?"

"Of course dah."

"Alright good,stop wasting time.You both boleh turun sekarang sebab Nubhan dah siap and he's on his way to the ballroom.See you both there."

Tutt.Tutt.

Talian diputuskan.Dee menjauhkan telefonnya dari telinga dan membuat muka menjengkelkan.Bibir terjuih keluar tanda protes.

"Siapa?"

Soal Husna sambil mengemas alatan solek.Dee berjalan mendekati Husna.

"The monster boss."

Seraya mengucapkan itu,terburai gelak Husna berdekah-dekah.Dia merupakan MUA serta stylist bagi syarikat Budi Emas.Jadi dia sudah tahu selok  belok syarikat itu.

"Okay,I'm going down.Bye,Hus!See you downstairs!"

Dee terus mengatur langkah keluar dari bilik persediaan.Matanya melilau mencari susuk tubuh Dahlia.Rupa-rupanya wanita itu sedang duduk termenung di balkoni hotel.Laju saja Dee pergi mendapatkan wanita itu.

"Sis,Abang Nubhan is already downstairs.The ceremony is going to start right now."

Ujar Dee.Apabila dia merapati Dahlia,dia lihat mata wanita itu berkaca.Rasanya dia tahu sebab wanita itu sebak.

Tak lain tak bukan-

"I feel so guilty towards Huzaif.Akak curang ke dengan dia,Dee?"

Yeah,tepat sekali sangkaan Dee.

Bergetar suara Dahlia menutur.Matanya bukan pada Dee.Namun pada dada langit yang agak gelap.Bagai riak wajah Huzaif yang mulai suram apabila tunangnya bakal menikahi lelaki lain.

"You are not cheating him.Tapi,this is Allah's perfect plan.Allah ambil arwah Huzaif dan Dia kembalikan semula Huzaif.But,he came in Nubhan."

"Dah,jangan sedih.Kalaulah Huzaif mampu datang ke sini.I am sure,he's gonna be so happy sebab Kak Lia takkan  bersedih lagi lepas ni."

Dahlia menatap lama Dee.Namun seolah olah menembusi gadis itu.Lama-lama Dahlia tersenyum,apabila 'dia' yang dirindui menitip senyum buat dia sebagai restu penyatuan dua jiwa.

Huzaif,I love you.

"Bismillah,aku terima nikahnya Nur Dahlia binti Anuar dengan mas kahwinnya RM80 tunai.."

Lafaz Nubhan dengan begitu tenang.

"Sah!"

"Sah!"

"Sah!"

Nubhan menunduk syukur.Dee pula merasakan ada tangan yang menggenggam lembut tangannya.Dia tahu itu Dahlia.Lantas dia menoleh ke arah wanita itu lalu dipeluk erat Dahlia.Ustaz Hafizi memimpin bacaan doa dan memberi sedikit tazkirah berkaitan tanggungjawab suami isteri.Kemudian Nubhan melafazkan lafaz taklik bersaksikan tetamu di situ.

Dee perasan seolah-olah ada mata yang mencuri pandangnya.Apabila dia mendongak,tiada sesiapa pun berbuat sedemikian.Jadi dia biarkan saja.Namun,hatinya bagi digamit untuk memandang ke arah Nubhan.

Rupanya-

Mata Dee dan Aisy bersatu dalam satu renungan.Kelam kabut Aisy melarikan anak matanya.Rasa berdosa pun ada merenung ajnabi dalam rumah Allah.

Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE] Where stories live. Discover now