Sayangku Mrs.Yusuf
Just be my sweetie brat , FOREVER ..
Bunyi geseran tayar roller coaster dan relnya membuatkan bulu roma Dee tegak berdiri.Rasanya adrenalin telah merembes keluar.Pucat wajahnya menahan gugup dalam hati.
Perlahan lahan Dee menoleh.Memandang jejaka yang selamba mammoth di sebelahnya.
"Encik Aisy..."
Panggil Dee yang semakin dibadai ketakutan.Aisy sorok senyum.Geli hatinya memandang wajah Dee yang macam mayat hidup.
'Konon bodyguard terhandal.Tapi..Dengar bunyi roller coaster pun kecut.Acah betul!'
Kutuk Aisy.Sengaja panggilan Dee dibiarkan sepi.
"Encik Aisy!"
Kali ini bukan mulut sahaja yang bekerja,tetapi beg tangan jenama LV cap ayam itu turut memberi salam perkenalan pada bahu Aisy.Terseringai sakit Aisy dek menerima salam sayang beg tangan Dee.
Menyesal aku tak menyahut dia panggil.Sakit duh.
"Nak apa?"
Soal Aisy yang masih mengawal machonya meskipun sengal sengal kian terasa di bahagian bahunya.Dee menoleh dan menjegil kepada Aisy.Geramnya bukan kepalang dengan si Aisy ni!
"Saya.Tak.Nak.Naik!"
Naik seoktaf suara si gadis.Aisy terasa hendak ketawa pula sekarang.
Takut + marah + acah ?
"Tak.Boleh."
Balas Aisy selamba.Hilang sengalnya.Rasa nak ketawa bertebaran dalam dadanya.
"Boleh."
"Tak boleh."
"Boleh."
"Tak boleh."
"Boleh."
"Boleh."
"Tak boleh."
Dee terkelu.Aisy ketawa besar.Sedar dia sudah terjerat dengan kata kata dusta si teruna di hadapannya.
Pandainya kau berfalsampah,Dee!
Congrats!
"Since kau dah cakap TAK BOLEH kalau kau tak naik roller coaster..So,shall we?"
Sengaja Aisy menekankan perkataan TAK BOLEH itu.Senyuman geli hati beraja di bibirnya.Tangan kanannya didepakan ke hadapan.Tanda menyuruh Dee mendahului langkah.
Dee menarik muka empat belas.Mulutnya dimuncungkan.Geram tahap sejuta dengan sikap selamba gorilla si Aisy.Kakinya dihempuk hempuk sambil berjalan.Dah macam budak 2 tahun tak dapat Lego lagaknya.
"Hah,muncung lagi panjang panjang.Dah tak ubah macam itik nila terencat belakang rumah nenek aku."
Perli Aisy.Terus membulat mata Dee apabila Aisy menyamakan dia dengan itik nila belakang rumah neneknya.Eh,bukan.Aisy menyamakan dia dengan itik nila TERENCAT belakang rumah nenek dia?
YOU ARE READING
Sayangku Mrs.Yusuf [PRIVATE]
General FictionROMANTIC COMEDY SERIES TWO "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (QS. Al Baqarah: 216). "Kalau aku...